Oleh pada 18 Feb 2021 kategori

Kredit foto: Instagram @ropie_sryn_

'Kenderaan Berat Ikut Kiri' merupakan sebuah filem Malaysia 2021 bergenre komedi romantik di bawah arahan Jefry Talib, seorang sutradara dan penulis sitkom yang tidak asing lagi.

   

Antara para pelakon yang terlibat termasuk Syafie Naswip, Sweet Qismina, Ropie, Kuna Muzani dan lain-lain.

Tayangan di pawagam rumah, saluran 480 Astro First mulai 18 Febuari 2021.

filem kenderaan berat ikut kiri

Kredit foto: Instagram @ropie_sryn_

Sinopsis

Pengendali jentera ladang, Adam (Syafie Naswip) secara tidak sengaja telah berkenalan dengan Lisa (Sweet Qismina) yang seterusnya membawa kepada hubungan cinta antara mereka.

Di luar pengetahuan Adam, bapa Lisa, Uncle Don (Ropie) sebenarnya adalah seorang ketua penjenayah dalam sindiket pemerdagangan manusia!

kenderaan berat ikut kiri movie

Kredit foto: Instagram @ropie_sryn_

Pelakon

Penampilan Syafie Naswip dan Sweet Qismina sebagai pasangan pelakon utama.

Juga terlibat, Ropie, Syuhaida Abraz (Dottie), Kuna Muzani, Sathiya dan Ebby Yus.

Baca: Biodata Syafie Naswip

Baca: Biodata Sweet Qismina

sinopsis kenderaan berat ikut kiri

Kredit foto: Instagram @ropie_sryn_

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Filem terbitan syarikat Cineorama Sdn Bhd ini merupakan hasil sentuhan pengarah Jefry Talib.

   

kenderaan berat ikut kiri pelakon

Kredit foto: Instagram @ropie_sryn_

Tarikh Tayangan

Menjengah saluran pawagam rumah, Astro First (saluran 480) mulai 18 Februari 2021.

Dapatkan dengan harga langganan RM15 bagi tontonan secara berulang-ulang selama 48 jam (2 hari).

Juga dimuatkan di platform digital - Astro Go dan On Demand.

   

Cara Langgan Astro First

1. Pilih filem yang ingin disewa di saluran 480.

2. Ikuti langkah-langkah yang dinyatakan di skrin televisyen.

3. Hantar kod langganan seperti yang tertera sama ada melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi WhatsApp.

   

Kredit video: Kenderaan Berat Ikut Kiri - Official Trailer | In Cinemas 26 March 2020

Sumber:

1. Kenderaan Berat Ikut Kiri - Official Trailer | In Cinemas 26 March 2020

2. Instagram @ropie_sryn_

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)