Oleh pada 27 Feb 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

'Bulan dan Pria Terhebat' merupakan sebuah filem aksi komedi Malaysia 2021 gandingan pelakon Zizan Razak, Zahirah Macwilson dan Maya Karin.

   

Di bawah arahan Ghaz Abu Bakar, filem ini bakal berada dalam senarai tayangan pawagam rumah, Astro First (saluran 480) mulai 11 Mac 2021.

sinopsis bulan dan pria terhebat

Kredit foto: Instagram Nizra Entertainment

Sinopsis

Bulan (Zahirah MacWilson), seorang pelatih di pasukan tentera khas Indonesia mendapati adiknya, Melati (Aprena Manrose) telah diculik oleh sebuah sindiket pemerdagangan manusia.

Dengan bantuan Haris (Zizan Razak) yang merupakan seorang pemandu e-hailing, Bulan berusaha membebaskan kembali adiknya daripada cengkaman bapa ayam, Agus (Khir Rahman) dan bosnya, Ricky (Sein Qudsi).

Namun, Ricky telah mengarahkan Tony (Maya Karin), seorang pembunuh upahan untuk menjejak Bulan and Haris sekaligus membunuh mereka.

bulan dan pria terhebat movie

Kredit foto: Instagram Nizra Entertainment

Pelakon

Barisan para pelakon terdiri daripada Zizan Razak, Zahirah Macwilson, Maya Karin, Khir Rahman, Alif Hadi, Aprena Manrose, Bell Ngasri, Mimi Ernida, Rashidi Ishak, Didie Alias, Sofia Dendroff, Sein Qudsi, Ken Ridzuan, Marisa Yasmin dan Azliyuszaini Mohd Noor.

Baca: Biodata Zizan Razak

Baca: Biodata Zahirah Macwilson

Baca: Biodata Maya Karin

Baca: Biodata Alif Hadi

Baca: Biodata Aprena Manrose

Baca: Biodata Mimi Ernida

bulan dan pria terhebat astro

Kredit foto: Instagram Nizra Entertainment

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya terbitan Skop Production, Astro Shaw dan Nizra Entertainment hasil arahan sutradara Ghaz Abu Bakar.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Akim & The Majistret - ROULETTE [Official MUSIC Video OST Filem BULAN DAN PRIA TERHEBAT]

Tajuk: Roulette

Penyanyi: Akim & The Majistret

Komposer: Hang Nadim, Gjie & Beby

Penulis lirik: Hang Nadim

pelakon bulan dan pria terhebat

Kredit foto: Instagram Nizra Entertainment

   

Tarikh Tayangan

Akan datang di pawagam rumah, saluran 480 Astro First mulai 11 Mac 2021 dengan harga langganan RM15 untuk akses tayangan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Strim di platform digital, Astro Go atau On Demand.

Cara Langgan Astro First

Langgan di saluran 480 dengan memilih judul filem berkenaan, kemudian ikuti langkah-langkah yang dinyatakan di skrin televisyen. Akhir sekali, kirimkan kod langganan yang diberikan sama ada menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi Whatsapp.

Kredit video: BULAN & PRIA TERHEBAT - OFFICIAL TRAILER [HD] AKAN DATANG 11 MAC 2021

Kredit video: DI BELAKANG TABIR FILEM : Bulan & Pria Terhebat

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Nizra Entertainment




Hakcipta iluminasi.com (2017)