Oleh pada 31 Jul 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Drama 'Pink Smile' adaptasi novel karya Luna Adresia merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2020.

Karya arahan Hazreen Hakim lakonan utama Fattah Amin dan Sweet Qismina ini menemui penonton mulai 31 Julai 2020 di slot Lestary TV3 bagi menggantikan siaran ulangan drama Hilang Yang Kembali.

    

novel pink smile

Kredit foto: Instagram Karya Seni

   

Sinopsis

Luna (Sweet Qismina) menyimpan hati terhadap Areeq (Fattah Amin), pengusaha coffeehouse 'Duncan CoffeeHouse', malah sering terkena 'panic attack' apabila Areeq mendekatinya.

Suatu hari, Luna memberanikan diri untuk menegur Areeq yang seterusnya membawa kepada pertemuan mereka dengan lebih kerap. Areeq kemudiannya mengilhamkan menu 'Pink Smile' diinspirasikan daripada senyuman Luna.

Satu insiden salah faham telah timbul hingga membuatkan hati Luna luluh hancur terhadap Areeq walaupun dalam masa sama, dia sukar untuk melupakan jejaka itu.

Muncul pula Akif (Syafi Tee) yang ingin mengembalikan cinta silamnya terhadap Luna - cinta yang pernah ditinggalkan angkara Akif yang sering menafikan perasaannya terhadap Luna selama ini.

    

sinopsis pink smile

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Pelakon

Gandingan Fattah Amin dan Sweet Qismina, selain turut menampikan Syafi Tee, Intan Najuwa, Iswan Ismail, Afifah Nasir, Farhan Asri, Izzat Mushtaq, Syainie Aida, Natasya Mahyan, Esma Daniel, Noniswara, Rohaya Maya DFKL dan Hafidzuddin Fazil.

   

Baca: Biodata Fattah Amin

Baca: Biodata Sweet Qismina

Baca: Biodata Syafi Tee

Baca: Biodata Intan Najuwa

Baca: Biodata Iswan Ismail

Baca: Biodata Afifah Nasir

Baca: Biodata Farhan Asri

Baca: Biodata Izzat Mushtaq

Baca: Biodata Syainie Aida

Baca: Biodata Natasya Mahyan

   

pelakon pink smile

Kredit foto: Instagram Noniswara

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Menggunakan khidmat arahan sutradara Hazreen Hakim dan Ayie Mustafa di bawah terbitan syarikat produksi Creative Skill Solution.

    

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Hello Hello

Penyanyi: Marsha Milan

   

pink smile episod

Kredit foto: Instagram Sweet Qismina

   

Waktu Siaran

Pink Smile bersiaran selama 20 episod, mulai 31 Julai 2020, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di Slot Lestary TV3.

    

Kredit video: Pink Smile Episod 1

   

Sumber:

1. Instagram Drama Sangat

2. Goodreads Novel Pink Smile

3. Wikipedia Drama Pink Smile

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)