Oleh pada 30 Dec 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

'Hadiah Dari Tuhan' merupakan sebuah drama rantaian televisyen Malaysia 2020 diarahkan oleh sutradara Fairuz Loy dengan menampilkan Syafi Tee, Riena Diana, Sophia AlBarakbah dan Puteri Rafasya sebagai pelakon utama.

Tayangan slot Samarinda TV3 mulai 30 Disember 2020 ini bakal menggantikan siri Sang Pewaris.

   

hadiah dari tuhan

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Sinopsis

Membawa kisah suka duka 3 orang remaja dalam berdepan cabaran kehidupan ketika wabak Covid-19 melanda negara.

Qul Fattah (Syafi Tee) daripada keluarga kategori B40, merupakan anak sulung lelaki dalam keluarga yang menjaga adik perempuannya, Qas Fatin (Puteri Rafasya) selepas kedua ibu bapa mereka maut dalam kemalangan jaya raya, lima tahun lalu.

Mereka kini menetap bersama nenek yang menghidap komplikasi pelbagai penyakit, Siti Ainum.

Sebelum pandemik Covid-19, Qul menyara kehidupan sebagai pekerja sambilan di sebuah pasar raya dan tinggal di rumah pangsa PPRT.

Dalam pada itu, Ika Nabila (Riena Diana) yang berasal daripada keluarga kategori M40 adalah satu-satunya anak kepada Jannah (Amy Mastura), seorang ketua jururawat di hospital kerajaan.

Jannah terlebih dahulu berpisah dengan suaminya ketika Ika masih di usia kecil.

Manakala Bella Roselina (Sophia AlBarakbah) pula lahir dalam keluarga kategori T20, membesar di banglo mewah dalam kehidupan serba gah bersama kedua ibu bapanya, serta datuk dan nenek.

Kehadiran wabak Covid-19 bagaimanapun membawa perubahan besar dalam kehidupan tiga remaja ini.

   

hadiah dari tuhan pelakon

Kredit foto: Instagram @syafiteefc_dfkl

   

Pelakon

Membariskan pelakon Syafi Tee, Riena Diana, Sophia AlBarakbah dan Puteri Rafasya.

Turut serta, Amy Mastura, Fezrul Khan, Izreen Azminda, Dynas Mokhtar, Fauziah Nawi, Ummar Dzariff, Aryana Amani, Zaefrul Nordin, Zazly Baginda dan Ku Fridah.

   

Baca: Biodata Syafi Tee

Baca: Biodata Riena Diana

Baca: Biodata Fezrul Khan

Baca: Biodata Izreen Azminda

Baca: Biodata Fauziah Nawi 

  

drama hadiah dari tuhan

Kredit foto: Instagram @rienadiana_

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sentuhan pengarah Fairuz Loy menerusi penerbitan produksi Country & Universal Sdn Bhd.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Alfie Zumi - Muhasabah (COVID-19)

   

Tajuk: Muhasabah

Penyanyi: Alfie Zumi

Komposer: Alfie Zumi

Penulis lirik: Alfie Zumi

   

hadiah dari tuhan tv3

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Waktu Siaran

Bersiaran mulai 30 Disember 2020, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di TV3 - menerusi slot Lestary untuk tayangan selama 13 episod.

   

Kredit video: Di Sebalik Tabir Hadiah Dari Tuhan

   

Sumber:

1. Di Sebalik Tabir Hadiah Dari Tuhan

2. Tonton drama Hadiah Dari Tuhan bermula 30 Disember ini

3. Drama Sangat

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)