Biodata

Nama penuh: Nur Afifah binti Md Nasir

Nama popular: Afifah Nasir

Tarikh lahir: 15 Februari 1993

Umur: 26 tahun

Kelahiran: Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon

Media sosial: Instagram @afifahnasir93

Fakta Menarik

1. Anak keempat daripada lima beradik.

2. Adik kepada pelakon Anzalna Nasir dan Mia Nasir.

3. Anzalna menyifatkan Afifah sebagai yang paling bijak di kalangan adik-beradiknya kerana sering memperoleh keputusan cemerlang. 

4. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Psikologi dan Komunikasi daripada sebuah universiti di Australia.

5. Mula menceburkan diri dalam dunia seni sejak tahun 2015.

6. Awalnya berminat untuk menjadi penyanyi, namun rezekinya lebih berpihak kepada dunia lakonan selepas menerima tawaran daripada pengarah drama Aku Bukan Bimbo.

7. Pembabitannya dalam dunia hiburan berlaku secara spontan kerana kiriman video di Instagram yang menjadi perhatian sutradara syarikat produksi, Global Station.

8. Selain Aku Bukan Bimbo, Afifah turut membintangi drama Suami Tanpa Cinta, Jasmine, Cinta 11 Syarat, Lara Aishah, Pengantinku Jatuh Dari Langit, My Sweet Lavender, Bahagia Kasihmu dan Syurga Yang Kedua.

9. Termasuk telefilem Crush Next Door, Cinta 11 Syarat Raya dan Aku Dia Lagu.

10. Tercalon dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

11. Sekiranya berkahwin, beliau nekad untuk kekal aktif sebagai anak seni. 

12. Pada Julai 2017, beliau dilanda kontroversi apabila dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah. Namun, beliau sama sekali menafikan dakwaan berkenaan.

Foto

biodata dan latar belakang afifah nasir 2

biodata dan latar belakang afifah nasir 3

biodata dan latar belakang afifah nasir 4

biodata dan latar belakang afifah nasir 5

biodata dan latar belakang afifah nasir 6

Kredit: 

1. Wikipedia

2. Utusan

3. BH Online

4. Kosmo

5. Instagram Afifah Nasir




Hakcipta iluminasi.com (2017)