Oleh pada 11 Jun 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

   

Cetera Hati Diya merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia, adaptasi daripada novel berjudul Isteri Aku Kalis Cinta karya Mawar Kamila.

Diterajui Fattah Amin dan Azar Azmi, siri yang pernah ke udara pada pertengahan tahun 2019 menerusi slot Samarinda ini bakal dipertontonkan semula dalam siaran ulangan yang akan bermula pada 11 Jun 2020 di slot Akasia TV3, bagi menggantikan drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe yang terlebih dahulu menutup tirai.

   

drama cetera hati diya

Kredit foto: Instagram Azar Azmi

   

Sinopsis

Diya (Azar Azmi) sudah tawar hati dengan cinta selepas diperkosa rakan sekerjanya, Zakuan (Azrel Ismail). Apatah lagi Zakuan enggan bertanggungjawab, manakala dirinya pula dibuang keluarga selepas mereka mendapat tahu rahsia itu rentetan dia yang keguguran akibat terjatuh dari tangga.

Zahil Hariz (Fattah Amin) hadir dalam hidup Diya untuk memenangi hatinya walaupun dibalas dengan sikap dingin. Demi menyatakan kesungguhan memperisterikannya, Zahil bertemu keluarga Diya dan mendedahkan kisah sebenar bagaimana Diya diperkosa Zakuan yang juga adik tirinya.

Ibu bapa Diya terbuka menerima kembali Diya dalam hidup mereka, manakala Diya pula dalam terpaksa menyahut salam cinta daripada Zahil menerusi ikatan perkahwinan.

Meskipun sudah berkahwin, Zahil masih mencuba dalam usaha menawan hati keras Diya. Sehinggalah suatu hati Zahil disahkan menghidap leukemia.

Diya pula menerima berita yang dirinya disahkan mengandung!

    

cetera hati diya episod

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

    

Pelakon

Lakonan utama Fattah Amin dan Azar Azmi.

Turut menampilkan Azrel Ismail, Asha Zainul, Raja Hakim, Faye Kusairi, Zila Bakarin, Melanie Tan dan Mak Jah.

    

Baca: Biodata Pelakon Fattah Amin

Baca: Biodata Pelakon Azar Azmi

Baca: Biodata Pelakon Azrel Ismail

Baca: Biodata Pelakon Asha Zainul

Baca: Biodata Pelakon Raja Hakim

Baca: Biodata Pelakon Faye Kusairi

    

pelakon cetera hati diya

Kredit foto: Instagram Faye Kusairi

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan sutradara Raja Mukhriz daripada syarikat penerbitan Wiranusa Corporation.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Cetera hati - The mariana Trench ( Official lyrics Video ) Official OST cetera Hati Diya

   

Tajuk: Cetera Hati

Penyanyi: The Mariana Trench

Komposer: Fidz, Naz & Wal

   

cetera hati diya

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Waktu Siaran

Tayangan slot Akasia TV3 selama 15 episod pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam mulai 11 Jun 2020.

   

Kredit video: Fattah Amin tengking Azar Azmi

   

Sumber:

1. Youtube Drama Sangat Official

2. Wikipedia Cetera Hati Diya

3. Wikipedia Slot Akasia

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)