Oleh pada 26 Nov 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Sang Pewaris merupakan sebuah drama rantaian Malaysia 2020 daripada sutradara Eyra Rahman dengan penampilan gandingan pelakon Ben Amir dan Amyra Rosli.

Adaptasi novel berjudul sama tulisan Fizziany ini menemui penonton Slot Lestary TV3 mulai 26 November 2020 bagi menggantikan siri Lelaki Lingkungan Cinta.

    

sang pewaris drama

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Sinopsis

Ali (Ben Amir) yang selama ini menganggap dirinya adalah anak pungut, dikejutkan dengan kenyataan yang identiti sebenarnya adalah Tunku Ali Khairudin Ibni Tunku Ahmad!

Tidak hanya itu, dia juga mempunyai seorang abang kembar.

Sewaktu kepulangannya dinanti keluarga asal, Ali membuat keputusan untuk tidak hadir, sebaliknya menukar identiti sebagai tukang kebun!

Sepanjang berkhidmat di kediaman keluarganya, dia mula mengenali satu persatu watak di sana, daripada si pengurus keluarga diraja sehinggalah ke tukang masak dan pemandu rasmi.

Ali terus menyimpan rapi identiti sebenarnya, sedang dalam masa sama menaruh hati pada gadis lemah lembut bernama Zara Aireena (Amyra Rosli) yang juga merupakan tunang kepada abang kembarnya!

    

sang pewaris episod

Kredit foto: Instagram Miss Aishah

   

Pelakon

Ditunjangi Ben Amir dan Amyra Rosli.

Juga menampilkan Fad Anuar, Wan Sharmila, Mimi Ernida, Fizz Fairuz, Zarynn Min, Zamarul Hisham, Ieda Moin, Sheila Mambo, Harun Hashim, Acong Sweetchild dan Zaefrul Nordin.

   

Baca: Biodata Ben Amir

Baca: Biodata Amyra Rosli

Baca: Biodata Fizz Fairuz

Baca: Biodata Wan Sharmila

Baca: Biodata Fad Anuar

Baca: Biodata Mimi Ernida

   

sang pewaris

Kredit foto: Instagram Acong Sweetchild

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya produksi Global Station Sdn Bhd di bawah arahan Eyra Rahman.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: X Missing U - Dayang Nurfaizah X Faizal Tahir X Tuju X Yonnyboii (Official Music Video)

   

Tajuk: X Missing U

Penyanyi: Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Tuju, Yonnyboii

Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Mage, Ja’A, Tuju & Yonnyboii

Penulis lirik: Faizal Tahir, Mike Chan, Mage, Ja’A, Tuju & Yonnyboii

   

novel sang pewaris

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Waktu Siaran

Siaran 13 episod ini memulakan tayangan perdana pada 26 November 2020, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di Slot Lestary TV3.

   

Sumber:

1. Novel Sang Pewaris

2. Drama Sangat

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)