Oleh pada 21 Oct 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Lelaki Lingkungan Cinta merupakan sebuah drama bersiri televisyen Malaysia 2020 adaptasi novel dengan tajuk sama karya Lily Haslina Nasir.

Lakonan utama Naim Daniel dan Shasha Abedul, arahan oleh Emi Suffian ini ke udara mulai 21 Oktober 2020 di slot Lestary TV3 bagi menggantikan siri Kampung People 2.

   

lelaki lingkungan cinta pelakon

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Sinopsis

Adib (Naim Daniel), seorang remaja kolej yang dikenali ramai gara-gara kenakalannya.

Mulanya Esya (Shasha Abedul) menaruh rasa benci terhadap Adib yang dilabelkan sebagai musuh ketatnya, namun perasaan cinta mula terbit apabila melihat Adib berubah sikap apabila berdua bersamanya.

Di usia muda, mereka mendirikan rumah tangga, namun apa yang diharapkan Esya bertukar sebaliknya.

Kehadiran Zamri (Ismail Izzani) memecah-belahkan mahligai yang dibina.

Adib mula membangkitkan kisah asal usul Esya, hingga Esya merajuk hati dan membawa diri.

Mungkinkah kebenaran bakal terungkap dalam menyatukan kembali dua hati ini?

    

lelaki lingkungan cinta drama

Kredit foto: Instagram Shasha Abedul

    

Pelakon

Ditunjangi Naim Daniel, Shasha Abedul dan Ismail Izzani.

Turut serta, Aniq Suhair, Shalma Eliana, Imran Aqil, Aisar Khaled, Cik B, Izzrin Irfan, Syazuwan Hassan, Asha Merican, Rozita Che Wan, Nazeera Sardi, Ummar Dzariff, Aresya Rania, Mas Anizan dan Chemat Raja Lawak.

   

Baca: Biodata Naim Daniel

Baca: Biodata Shasha Abedul

Baca: Biodata Ismail Izzani

Baca: Biodata Aniq Suhair

Baca: Biodata Shalma Eliana

Baca: Biodata Imran Aqil

Baca: Biodata Aisar Khaled

Baca: Biodata Cik B

Baca: Biodata Izzrin Irfan

Baca: Biodata Syazuwan Hassan

Baca: Biodata Rozita Che Wan

Baca: Biodata Nazeera Sardi

    

lelaki lingkungan cinta

Kredit foto: Instagram Lelaki Lingkungan Cinta

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya produksi Zeel Production Sdn Bhd menerusi arahan sutradara Emi Suffian.

    

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Melly Goeslaw feat. Evan Sanders - Tentang Dia | Official Music Video

    

Tajuk: Tentang Dia

Penyanyi: Melly Goeslaw feat. Evan Sanders

Komposer: Melly Goeslaw

   

lelaki lingkungan cinta episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Waktu Siaran

Terbaharu di Slot Lestary TV3 mulai 21 Oktober 2020, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam, siaran selama 13 episod.

    

Sumber:

1. Drama Sangat

2. Novel Lelaki Lingkungan Cinta

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)