fattahamin

Kredit foto: Instagram @fattahaminz

Biodata

Nama penuh: Abdul Fattah Bin Mohd Amin

Tarikh lahir: 14 September 1990

Umur: 32 tahun (pada tahun 2022)

Tempat lahir: Setiawangsa, Kuala Lumpur, Malaysia

Warganegara: Malaysia

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Teknologi MARA(UITM)

Pekerjaan: Pelakon, penyanyi, pengacara, model, duta dan usahawan

Tahun aktif: 2011 sehingga kini

Drama popular: Playboy Itu Suami Aku, Hello, Mr. Perfect!, Plan Cinta Tak Jadi, Bencinta, Suri Hati Mr. Pilot, Hero Seorang Cinderella, Gerak Khas dan My Coffee Prince.

Ketinggian: 1.83 meter (6 kaki 0 inci)

Berat: 68 kg

Pasangan: Nur Fazura

Tahun perkahwinan: 2017

Ibu bapa: Mohd Amin Musa (bapa) dan Azizah Abdul Ghani (ibu) 

Keluarga: Yusof Haslam (bapa saudara), Syamsul Yusof (sepupu), Syafiq Yusof (sepupu), Miller Khan (sepupu) dan Farali Khan (sepupu)

Media sosial: Instagram @fattahaminz, Twitter @fattahamin dan Facebook @TheOfficialFattahAmin

Fakta menarik

1. Merupakan juara Hero Remaja 2011/2012.

2. Dibesarkan di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

3. Keluarga beliau berasal dari Selangor dan kini menetap di Shah Alam.

4. Mendapat pendidikan awal di SMK Desa Tun Hussein Onn, seterusnya di Universiti Teknologi MARA dan Universiti Utara Malaysia dengan mengambil ijazah dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif.

5. Anak sulung daripada 5 orang adik beradik.

6. Giat menceburi bidang perniagaan dengan membuka kafe dan gimnasium di Kota Damansara.

7. Bermula sebagai kru penggambaran.

8. Sepupunya, pengarah Syafiq Yusof menawarkannya menjadi kru untuk filem SAM: Saya Amat Mencintaimu pada tahun 2011.

9. Bekerja untuk produksi drama Gerak Khas ketika masih belajar di kolej.

10. Mula berjinak sebagai pelakon secara suka-suka dengan memegang watak tambahan dalam drama Memberku Hawa bersama pelakon utamanya, Nad Zainal.

11. Filem pertamanya ialah Manisnya Cinta Di Cappadoccia sebagai pelakon tambahan bernama Farhan pada tahun 2014. Filem ini juga mempertemukan Fattah dengan isterinya kini, Nur Fazura yang merupakan watak utama filem itu.

12. Drama adaptasi novel, Playboy Itu Suami Aku lakonan bersama Nur Risteena sebagai watak Adrian Benjamin melonjakkan namanya di industri hiburan. Penampilan sulungnya itu dikritik kerana dikatakan kurang bersedia sebagai pelakon.

13. Berpeluang melebarkan sayap ke Indonesia dalam telefilem Ku Kejar Cinta Ke Malaysia dan From Hater To Lover.

14. Lakonannya sebagai Kapten Ejaz Fakhri menerusi drama Suri Hati Mr Pilot menjadi fenomena dan mendapat rating 5 juta tontonan yang mencipta rekod rating drama tertinggi di Malaysia.

Foto sebelum popular

fattah amin sebelum popular 1

fattah amin sebelum popular 2

fattah amin sebelum popular 3

fattah amin sebelum popular 4

fattah amin sebelum popular 5

fattah amin sebelum popular 6

fattah amin sebelum popular 7

Sumber:

1. Wikipedia Fattah Amin

2. Youtube koleksi frankadam

3. Facebook Amran Fans

4. Youtube DivaGojes 17

5. Facebook Oh! Media

6. Twitter Fattah Amin Lovers




Hakcipta iluminasi.com (2017)