Kredit foto: Instagram Syafi Tee

     

Syafi Tee adalah seorang pelakon baharu yang merupakan antara bintang drama bersiri Pink Smile iaitu sebuah karya adaptasi novel tulisan Luna Adresia dengan judul sama.

Selain beliau, siaran slot Lestary TV3 itu turut menggandingkan Fattah Amin, Sweet Qismina, Intan Najuwa, Farhan Asri, Afifah Nasir, Izzat Mushtaq, Iswan Ismail, Natasya Mahyan, Esma Daniel dan Noniswara.

     

Biodata

  • Nama sebenarnya, Mohd Syafi bin Mohd Ridhuan Tee.
  • Menggunakan nama komersial, Syafi Tee.
  • Berumur 27 tahun (2020).
  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Pembuatan Teknologi Kejuruteraan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
  • Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon sejak tahun 2019.
  • Bakatnya dicungkil daripada Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019.
  • Pernah membintangi drama bersiri Tuan Danial dan telefilem #SoKampung. Terkini beliau memegang peranan dalam siri TV, Pink Smile.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @syafitee sehingga kini mencatatkan lebih 57,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Merupakan anak kepada pendakwah dan tokoh akademik terkenal negara, Mohd Ridhuan Tee Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ridhuan Tee.
  • Mempunyai lima orang adik-beradik.
  • Terkenal kerana memiliki wajah persis pemuda cina - ‘chinese look’.

    

Foto

syafi tee

wikipedia syafi tee

keluarga syafi tee

instagram syafi tee

syafi tee ridhuan tee

drama pink smile

syafi tee anak ridhuan tee 244

Kredit foto: Instagram Syafi Tee

    

Video

Kredit video: Toy Review, Interview Syafi Tee, Gaduh | Jabir Meftah

    

Sumber:

1. Rumah sewa anak Ridhuan Tee dipecah masuk

2. Wikipedia Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah

3. Di Sebalik Tabir Tuan Danial

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)