Biodata

Nama penuh: Muhamad Farhan bin Mohd Asri

Nama popular: Farhan Asri

Tarikh lahir: 10 Julai 1997

Umur: 21 tahun

Asal: Seremban, Negeri Sembilan

Media sosial: Instagram @farhanleboo

Fakta Menarik

1. Berketinggian 6’1 dan mempunyai berat badan 70kg.

2. Bergelar naib juara pertandingan ikon pemuda Malaysia iaitu Hero Remaja 2017 yang ketika itu dimenangi Alif Muhaimin bin Abdul Rahman (Alif Muhaimin), manakala Mohammad Harris bin Shahrul Annuar (Harris Annuar) pula menduduki tangga ketiga.

3. Meminati bidang nyanyian sejak darjah empat sewaktu beliau membeli gitar pertamanya.

4. Mula mahir bermain gitar sejak tingkatan tiga. Sewaktu itu, beliau gemarkan lagu-lagu berentak 'jiwang' seperti Tercipta Untukku yang dipopularkan kumpulan Ungu serta Menatap Matamu oleh Aril AF.

5. Seorang yang asalnya bertubuh kurus kering, namun nekad mengubah penampilan menjadi 'sado' kerana sering dibuli rakan.

6. Mengambil masa tiga tahun untuk mendapatkan bentuk badan yang kekar dengan niat untuk menjaga kesihatan dan bukannya mengikut trend!

7. Kaedah membina tubuh yang diamalkannya ialah dengan bersenam di gim sekiranya berkelapangan dan dalam masa yang sama, menjaga pemakanan. Beliau mengamalkan makan telur lima biji di sebelah pagi, pengambilan ayam atau daging di sebelah petang, steak dan sayuran di sebelah malam. Manakala pada hari minggu pula menjadi 'cheat day' di mana dirinya bebas mengambil sebarang makanan yang diinginkan.

8. Menjadikan aktor Hollywood, Taylor Lautner sebagai inspirasi untuk mendapatkan tubuh badan impian.

Foto Terkini 

biodata farhan asri pelakon drama cik reen encik ngok ngek 3

biodata farhan asri pelakon drama cik reen encik ngok ngek 2

biodata farhan asri pelakon drama cik reen encik ngok ngek 4

biodata farhan asri pelakon drama cik reen encik ngok ngek 5

biodata farhan asri pelakon drama cik reen encik ngok ngek 6

Kredit:

1. Remaja

2. Maskulin

3. Wikipedia Hero Remaja

4.Instagram Farhan Asri




Hakcipta iluminasi.com (2017)