Oleh pada 12 Jul 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Sweet Qismina

    

Adam Chempaka merupakan sebuah drama bersiri Malaysia 2019 siaran TV3 arahan oleh Idora Abdul Rahman.

Siri lakonan utama Adam Lee dan Sweet Qismina yang pernah menghiasi slot Lestary pada 12 Jun 2019 hingga 10 Julai 2019 ini, kembali menemui penonton dalam siaran ulangan menerusi slot Dahlia.

    

drama adam chempaka

Kredit foto: Instagram Sweet Qismina

    

Sinopsis

Mengisahkan Chempaka Eryna (Sweet Qismina), seorang gadis berkelulusan ijazah yang pandai membancuh teh tarik, menetap bersama abangnya Khairil (Raja Afiq) dan neneknya Zubaidah (Ku Faridah) selepas kedua orang tua mereka meninggal dunia.

Khairil menamatkan zaman bujang dengan Laila (Zera Hariz), lalu perkahwinan itu diserikan dengan kehadiran cahaya mata bernama Shasha (Dhia Ly) yang akhirnya meningkat usia enam tahun.

Sementara itu, Adam Mirza (Adam Lee) yang merupakan anak tunggal kepada En Luthfi (Roy Azman) adalah pemilik sebuah galeri seni.

Pertemuan antara Adam dan Chempaka berlaku selepas Chempaka cuba melarikan diri dari Pak Dan Duda (Kazar Saisi). Adam ketika itu secara spontan mengakui Chempaka adalah kekasihnya.

Adam mendekati kehidupan Chempaka dan jatuh hati kepadanya.

Namun Chempaka berdepan konflik terhadap sikap iri hati Laila yang gemar menghasut Khairil untuk membenci adiknya sendiri.

   

adam chempaka

Kredit foto: Instagram Sweet Qismina

    

Pelakon

Diterajui Adam Lee dan Sweet Qismina.

Lain-lain pelakon termasuk Zera Hariz, Raja Afiq, Riena Diana, Sharul Kamal, Alif Hadi, Syafnida Shuhaimi, Nada Nursyuhada, Dhia Ly, Balkisyh Semundur Khan, Roy Azman, Ku Faridah dan Kazar Saisi.

    

Baca: Biodata Adam Lee

Baca: Biodata Sweet Qismina

Baca: Biodata Zera Hariz

Baca: Biodata Raja Afiq

Baca: Biodata Riena Diana

Baca: Biodata Sharul Kamal

Baca: Biodata Alif Hadi

Baca: Biodata Syafnida Shuhaimi

Baca: Biodata Balkisyh Semundur Khan

   

adam chempaka episod

Kredit foto: Instagram Sweet Qismina

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah terbitan syarikat Creative Skill Solution dengan menggunakan khidmat arahan Idora Abdul Rahman.

   

Penulis Skrip

Nieza Nahar dan Jue Zurhanisza

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: (OST Adam Chempaka) Sarah Suhairi - Nyawa & Raga [Official Music Videos]

   

Tajuk: Nyawa & Raga

Penyanyi: Sarah Suhairi

Komposer: Room None

Lirik: Iman Imran

   

pelakon adam chempaka

Kredit foto: Instagram Sweet Qismina

   

Waktu Siaran

Siaran ulangan mulai 12 Julai 2020, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 petang di slot Dahlia TV3 untuk siaran 13 episod.

   

Kredit video: Adam Chempaka Episod 1

   

Sumber:

1. Wikipedia Adam Chempaka

2. Adam Chempaka Episod 1

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)