Kredit foto: Instagram Syainie Aida Shuhaimi

    

Syainie Aida Shuhaimi merupakan antara pelakon drama bersiri terbaharu, Nasi Kerabu Untuk Che Abe yang bakal menemui peminat drama melayu di slot Akasia TV3.

Karya arahan Heykal Hanifah itu turut membariskan pelakon Izzue Islam, Elisya Sandha, Scha Elinnea, Issey Fazlisham, Neera Azizi, Danny X-Factor, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Syainie Aida binti Shuhaimi.
  • Menggunakan nama komersial, Syainie Aida, Syainie Shuhaimi dan Syainie Aida Shuhaimi.
  • Berumur 24 tahun.
  • Kelahiran Kuala Lumpur pada 27 September 1996.
  • Kediamannya terletak di Putrajaya.
  • Mendapat pendidikan di SMK Putrajaya Presint 16 (1).
  • Mula aktif dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon dan model sejak tahun 2005.
  • Kemunculan sulungnya di layar kaca menerusi drama bersiri Garis Penamat yang disiarkan di saluran RTM pada 2005.
  • Lain-lain drama dibintanginya seperti Mr. Mama, Namaku Bedah, Inai Yang Hilang, Rumah Siti Khadijah, Kasih Bertatah Delima, Lima dan Nasi Kerabu Untuk Che Abe.
  • Pembabitannya di layar perak menerusi filem Hantu Wangan dan Qhaliq.
  • Penglibatannya di pentas teater pula menerusi pementasan Bangsawan Lela Manja.
  • Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @syainieaida sehingga kini mencatatkan lebih 114,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Adik kepada aktres Eira Syazira dan Syafnida Shuhaimi, manakala aktor Azad Jasmin pula merupakan abang iparnya.
  • Bapanya bernama Shuhaimi Acheh.
  • Mempunyai enam orang adik beradik.
  • Mula menceburi lapangan seni lakonan sejak berusia tujuh tahun.

    

Foto

syainie aida shuhaimi dulu

syainie aida shuhaimi

syainie aida

syainie shuhaimi

instagram syainie aida shuhaimi

eira syazira

adik eira syazira

adik beradik eira syazira

adik syafnida shuhaimi

Kredit foto: Instagram Syainie Aida Shuhaimi

   

Video

Kredit video: GERIMIS MENGUNDANG (SLAM) - Syainie Aida & Nabil Nazmi (Cover)

    

Sumber:

1. Facebook Syainie Aida Shuhaimi

2. Wikipedia Syainie Aida Shuhaimi

3. Wikipedia Eira Syazira

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)