Oleh pada 10 Dec 2020 kategori

Kredit foto: Drama Sangat

   

'Misteri Mona' merupakan sebuah drama bersiri Malaysia 2020 lakonan utama Janna Nick, Redza Rosli, Elisya Sandha dan Ruzana Ibrahim.

Bakal ke udara di slot Samarinda TV3, siri arahan Amor Rizan ini memulakan siaran mulai 10 Disember 2020 bagi menggantikan siri Beri Sedikit Waktu.

   

misteri mona

Kredit foto: Instagram @syarizanmdisa

   

Sinopsis

Trauma dengan kisah silam, Anom (Janna Nick), seorang pesakit mental kronik memulakan kehidupan baru dengan mendirikan rumah tangga bersama Dr Nadeem (Redza Rosli) yang pernah bertanggungjawab merawat penyakitnya.

Sewaktu dalam usaha mendapatkan kembali kehidupan normal, Anom terperangkap dalam garis halus antara realiti dan fantasi yang memaksanya untuk berhadapan kembali dengan kenyataan yang selama ini ditinggalkan.

    

drama misteri mona

Kredit foto: Drama Sangat

   

Pelakon

Dibarisi pelakon Janna Nick, Redza Rosli, Elisya Sandha dan Ruzana Ibrahim.

Lakonan bersama Syafi Tee, Siti Aishah Bujang, Alif Hadi, Amir Rahim, Zizan Nin, Zarynn Min, Ainin Batrisya, Syed Irfan dan Duerra Mitilda.

    

Baca: Biodata Janna Nick

Baca: Biodata Redza Rosli

Baca: Biodata Elisya Sandha

Baca: Biodata Syafi Tee

Baca: Biodata Alif Hadi

Baca: Biodata Ainin Batrisya

    

misteri mona episod

Kredit foto: Drama Sangat

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya arahan sutradara Amor Rizan di bawah syarikat produksi Aquila Emas Sdn Bhd.

    

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Fynn Jamal - Suatu Pernah (Video Lirik)

   

Tajuk: Suatu Pernah

Penyanyi: Fynn Jamal

Komposer: Fynn Jamal & AG Coco

Penulis lirik: Fynn Jamal

   

misteri mona tv3

Kredit foto: Drama Sangat

    

Waktu Siaran

Mula bersiaran 10 Disember 2020, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3 selama 8 episod.

   

Kredit video: Di Sebalik Tabir Misteri Mona

   

Sumber:

1. Di Sebalik Tabir Misteri Mona

2. Drama Sangat

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)