Kredit foto: Instagram @sweetqismina

      

Biodata

1. Nama penuhnya, Farhanna Qismina binti Supandi.

2. Nama komersialnya, Sweet Qismina. Juga dikenali sebagai Sweet dan Sweet Farhana.

3. Lahir pada 24 Oktober 1997 di Muar, Johor.

4. Berusia 22 tahun.

5. Berketinggian 1.55 meter.

6. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

7. Anak kepada pasangan Supandi Mohammad (bapa) dan Misnah Atan (ibu).

8. Berkelulusan Diploma Asas Seni dan kini menuntut dalam bidang Komunikasi Massa di sebuah pusat pengajian swasta.

9. Merupakan pelakon dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2007.

10. Mula mendapat perhatian selepas membintangi siri televisyen Hikayat Putera Shazlan, membawa watak sebagai Fasha.

11. Antara drama dibintanginya seperti Elly & Epit, Waktu Rehat, Cinta Hati Abah, Sayang Papa Saya Tak, Misteri Wan Peah, Isteri Untuk Diiktiraf, Cinta Tiada Ganti dan Adam Chempaka.

12. Juga telefilem Qana'ah, Jalan Belakang Rumah, Suatukala, Cucuk Sanggul Seroja, DM Hati Awak, Misi Penculikan Cinta, Wakaf Dosa, Samad Tedung dan banyak lagi.

13. Pembabitannya di pentas teater menerusi pementasan Ali Baba dan 40 Penyamun, Putra, Tun Sambathan, Laila Majnun dan Tun Tan Cheng Lock.

14. Pemegang trofi Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.

     

Fakta Menarik

  • Kelab peminatnya, Sweetqisminizers menjadi tulang belakang yang menyokong kuat kerjaya seninya.
  • Kemunculannya dalam video muzik single Hari Ini dendangan Hael Husaini mendapat pehatian, sekaligus 'trending' sewaktu pelancaran di laman YouTube.
  • Kini hangat menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baru, Adam Lee.

     

Baca: Kahwin Sweet Qismina, Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Adam Lee

   

Foto

biodata dan latar belakang pelakon sweet qismina 2

biodata dan latar belakang pelakon sweet qismina 3

biodata dan latar belakang pelakon sweet qismina 4

biodata dan latar belakang pelakon sweet qismina 5

biodata dan latar belakang pelakon sweet qismina 6

Kredit foto: Instagram @sweetqismina

Video

Kredit video: Youtube Harian Metro

     

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)