Biodata

Nama penuh: Nur Natasya Nabila Mahyan

Nama popular: Natasya Mahyan

Umur: 25 tahun

Kelahiran: Johor Bahru, Johor

Pekerjaan: Pelakon

Media sosial: Instagram @natasya_mahyan

Fakta Menarik

1. Beragama Islam, berbangsa Melayu.

2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam daripada Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

3. Mula aktif sebagai anak seni sejak tahun 2016.

4. Artis naungan syarikat pengurusan No Name Management.

5. Sejak tahun 2013, beliau mula menyertai banyak ujibakat lakonan untuk mendapat tempat dalam produksi drama.

6. Mengakui melalui pelbagai ujian getir ketika mula bertapak dalam industri.

7. Pernah kecewa dan menangis selepas menghadiri satu uji bakat yang disangka benar walhal hanyalah program gurau senda (prank) untuk ‘mengenakan’ pelakon baru.

8. Ujibakat sulung yang dihadirinya ialah telefilem 5 Waktu diarahkan sutradara Michael Ang. Hanya memegang watak pelakon sampingan, namun menjadi medium yang membuka lebih banyak peluang kepadanya selepas itu.

9. Di awal pembabitan, beliau yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi hanya mencuri kelapangan sewaktu cuti semester untuk menjayakan tawaran lakonan.

10. Mulanya Natasya mengambil peranan dalam telefilem sahaja kerana belum cukup keberanian membintangi drama berepisod.

11. Mula serius menjadi pelakon selepas tamat pengajian pada tahun 2016.

12. Terbuka bereksperimen dengan pelbagai jenis watak.

13. Menyifatkan dirinya seorang yang kasar hingga takut melakonkan watak protagonis (baik) kerana bimbang tidak menjadi.

14. Antara drama dibintanginya ialah Cinta Roller Coaster, 5 Waktu, Suamiku Paling Sweet, Wak Sayang Lu, Megat Extend, Mr Stalker Saya Cintakan Awak, Lelaki Itu Pemilik Hatiku dan Kan Ku Kejar Cinta Kamu.

15. Mendapat perhatian ramai sejak membintangi drama Suamiku Paling Sweet.

16. Teruja dengan penerimaan peminat yang cukup baik. Kehadirannya disedari dan netizen mula menegur beliau ketika menjejakkan kaki ke luar rumah.

Foto

biodata natasya mahyan pelakon drama kan kukejar cinta kamu 2

biodata natasya mahyan pelakon drama kan kukejar cinta kamu 3

biodata natasya mahyan pelakon drama kan kukejar cinta kamu 4

biodata natasya mahyan pelakon drama kan kukejar cinta kamu 5

biodata natasya mahyan pelakon drama kan kukejar cinta kamu 6

           

Kredit:

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. Azhan.co

4. Instagram Natasya Mahyan




Hakcipta iluminasi.com (2017)