Oleh pada 29 Sep 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Adakah Engkau Menungguku dibintangi oleh Adam Lee dan Wanna Ali, mula ditayangkan pada 29 September 2022 di saluran TV3.

Ia dari siri akan datang slot Lestary menggantikan drama Cinta Buat Dara yang sudah tiba ke penghujung tayangannya.

   

adakah engkau menungguku drama

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Sinopsis

Ariana (Wanna Ali) berharap cinta yang dijalin selama lapan tahun bersama buah hatinya akan berakhir di pelamin, namun kekasihnya itu terpaksa berkahwin atas pilihan keluarga.

Hati Ariana hancur kerana lelaki yang dicintainya seorang yang pengecut dan tidak cuba mempertahankan cinta mereka.

Ariana pergi bertenang di sebuah restoran. Ariana dan Ikmal (Adam Lee) berebut meja dan akhirnya terpaksa berkongsi kerana meja lain sudah penuh. Ariana memandang lkmal yang hanya menundukkan kepala membaca mesej di telefon bimbitnya. Apabila pelayan menghantar makanan yang sama kepada mereka, Ariana dan Ikmal saling berpandangan.

Peristiwa berebut meja di restoran itu sehingga terpaksa berkongsi tempat makan, menyemai perkenalan antara Ariana dan Ikmal kerana hidangan yang sama diminta.

Takdir menemukan Ariana bersama usahawan lelaki ini yang juga berada dalam situasi yang sama.

Ikmal seorang yang puas mengembara. Mempunyai perniagaan sendiri di sini, dia enggan mengikut teman wanitanya, Sofia ke Australia. Walaupun beberapa kali dipujuk, Ikmal tetap dengan pendiriannya kerana sudah bertahun-tahun meninggalkan ibunya dan tidak sanggup meninggalkan mereka yang sudah tua dan memerlukan perhatian.

Kehadiran Ikmal telah mengubah hidup Ariana.

sinopsis adakah engkau menungguku

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Pelakon / Cast

Drama Adakah Engkau Menungguku menyaksikan gandingan Adam Lee dan Wanna Ali selaku bintang utama.

Mereka turut dibantu oleh gabungan pelakon senior dan muda yang berbakat seperti Farhan Asri, Nabil Aqil, Bella Astillah, Syafi Tee, Neera Azizi, Wani Kayrie, Ameerul Asyraf, Fiza Thomas, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin, Enot, Ahmad Syafiq, Elanie Aidid dan Rosli Rahman Adam.

Watak Pelakon

Adam Lee sebagai Ikmal Hanafi

Wanna Ali sebagai Ariana Amran

Farhan Asri sebagai Azman Malek

Nabil Aqil sebagai Reza

Bella Astillah sebagai Maya

Syafi Tee sebagai Zain

Neera Azizi sebagai Lara Sofea

Wani Kayrie sebagai Tina

Ameerul Asyraf sebagai Syukri

Fiza Thomas sebagai Lisa

Ahmad Syafiq sebagai Adib

Sherry Ibrahim sebagai Mak Su

Wan Nor Azlin sebagai Datin Fauziah

Enot sebagai Mak Ngah

Elanie Aidid sebagai Suzie

Rosli Rahman Adam sebagai Dr Love

pelakon adakah engkau menungguku

Kredit foto: Instagram Farhan Asri

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Mendapat sentuhan sutradara Azmi Hatta, di bawah penerbitan OrangeTree Production dan nukilan skrip oleh Amin Shakib, Anina Sahal dan Eja Lorena.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Sayang Kau Tercipta - Aziz Harun (Official Music Video)

Tajuk: Sayang Kau Tercipta

Penyanyi: Aziz Harun

Komposer, Penulis lirik: Amir Masdi, Romeo, Ja'a, Karim Karam, Mike Chan

adakah engkau menungguku episod

Kredit foto: Instagram Adam Lee

Waktu Siaran

Adakah Engkau Menungguku dijadualkan bersiaran selama 15 episod dari 29 September 2022 pukul 9 malam di slot Lestary saluran TV3, setiap hari Rabu hingga Sabtu.

Ia juga tersedia online untuk strim secara langsung dalam HD di laman Tonton.

Kredit video: Di Sebalik Tabir Adakah Engkau Menungguku (Drama Bukan Adaptasi Novel) - Episode 1 Pada 29 September 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)