Kredit foto: Instagram @iswanismail88

     

Watak Lukman atau Luke lakonan pendatang baharu, Iswan Ismail menerusi drama Hero Seorang Cinderella sebelum ini pernah meninggalkan impak yang besar terhadap karier seninya.

Terkini, nama Iswan tercalon sabagai antara finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH32) yang bakal berlangsung pada 22 September ini.

Jom kenali dengan lebih dekat tentang aktor tersebut menerusi coretan biodata yang kami sediakan di bawah.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Muhammad Iswan bin Ismail. Menggunakan nama komersial, Iswan Ismail.

2. Kelahiran Singapura pada 23 Mac 1988. Berwarganegara Singapura.

3. Kini berusia 31 tahun.

5. Berketinggian 1.75 meter.

6. Pemegang Ijazah dalam bidang Biologi daripada Universiti Teknologi Nanyang di Singapura dan Sarjana (Master) dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Coventry.

7. Anak bongsu daripada dua orang adik-beradik.

8. Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

9. Memulakan karier sebagai model sebelum menerima tawaran berlakon untuk beberapa watak kecil.

10. Namanya mula melonjak naik selepas memegang peranan dalam drama rantaian fenomena, Hero Seorang Cinderella sebagai watak Lukman atau Luke.

11. Lain-lain drama dan telefilem dibintanginya seperti Cikgu Papa Kirim Salam, Isteriku 120kg, Cik Reen Encik Ngok Ngek, Mak Tak Balik Raya, Shh.. I Love You, Papa Sayang, Ops Cinta Din Sardin, Karisma, Luna Elvira, Di Pintu Syurga, Lara Cinta Ameena, Tika Suria Mendongak, Suri Hati Mr Pilot Raya dan Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin.

    

Fakta Menarik

  • Juga berkhidmat sebagai pakar hal ehwal peraturan (regulatory affairs specialist).
  • Pernah bekerja selama empat tahun di Kementerian Kesihatan
  • Kerjayanya dalam bidang hiburan mendapat sokongan penuh kelab peminatnya yang dinamakan sebagai 'Iswanforce'.
  • Gemar menghabiskan masa di gimnasium untuk menjaga bentuk tubuh dan membina stamina.
  • Merupakan penggemar kucing.

    

Foto

iswan ismail dan isteri

isteri iswan ismail

iswan ismail instagram

iswan ismail kahwin

iswan ismail anugerah bintang popular

Kredit foto: Instagram @iswanismail88

    

Video

Kredit video: Youtube tontonmy

    

Sumber:

1. Wikipedia Iswan Ismail

2. "Amanah Pelakon Untuk Kekal Fit" - Pelakon Sasa & Tampan Iswan Ismail Kongsi Rahsia Kekal Cergas

3. Lima Perkara Perlu Tahu Tentang Iswan Ismail

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)