Biodata

Nama penuh: Intan Najuwa binti Abdul Wahid

Nama popular: Intan Najuwa

Tarikh lahir: 18 Ogos 1997

Umur: 21 tahun (2018)

Kelahiran: Johor Bahru, Johor, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon

Media sosial: Instagram @intannajuwa

Fakta Menarik

1. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2015.

2. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

3. Dikatakan mempunyai wajah iras pelakon Wawa Zainal.

4. Sebelum bergelar selebriti, beliau merupakan seorang penulis blog.

5. Mula berkecimpung dalam bidang lakonan sejak umur 18 tahun di mana dia diperkenalkan oleh penerbit syarikat Metrowealth Pictures, David Teo.

6. Beberapa drama yang dibintanginya seperti Gantung (2016), Hantu Punya Bos (drama slot Iris di TV3 pada tahun 2016, membawakan watak sebagai Abby), Khabar Dari Casablanca (siaran TV2 pada 2017, membawakan watak sebagai Sharina), Kekasih Paksa Rela (siaran Slot Akasia di saluran TV3 pada 2017, memegang watak sebagai Hanan Khaira) dan Kenyalang I'm In Love (drama slot Dahlia ditayangkan di TV3 pada 2018, memegang peranan sebagai Sutera).

7. Dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular dan Pasangan Serasi Drama (bersama Remy Ishak) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

8. Pada Mac 2018, beliau menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya bersikap 'diva' kerana kononnya selektif terhadap tajaan dan wartawan yang ingin mewawancara. Dalam kenyataan sama, beliau mengakui sudah mempunyai teman lelaki yang dikenali sejak tiga tahun lalu iaitu semasa zaman kolej, sebelum bergelar artis lagi.

9. Pada hujung 2018, Najuwa menerima kecaman hebat netizen kerana mendedahkan tidak tahu cara mengisi minyak kenderaan. Kejadian itu berlaku ketika pembantu peribadinya sedang bercuti.

        

Baca: 8 Fakta Pelakon Intan Najuwa Yang Ramai Tak Tahu!

        

Foto  

biodata intan najuwa pelakon wanita popular 2

biodata intan najuwa pelakon wanita popular 3

biodata intan najuwa pelakon wanita popular 4

biodata intan najuwa pelakon wanita popular 5

biodata intan najuwa pelakon wanita popular 6

       

Kredit:

1. Wikipedia

2. Kosmo

3. Harian Metro

4. Instagram Intan Najuwa




Hakcipta iluminasi.com (2017)