Kredit foto: Instagram Izzat Mushtaq 

    

Siapa Izzat Mushtaq? Muhammad Izzat Mushtaq Hussin atau lebih dikenali sebagai Izzat Mushtaq merupakan pelakon lelaki Malaysia yang terkenal menerusi wataknya dalam drama rantaian, Leftenan Zana, Pia dan Aku Yang Kau Tinggalkan.

Kerjayanya dikendalikan oleh syarikat pengurusan bakat, Fastyleasia.

Terkini, Izzat bakal muncul dalam drama Dua Takdir Cinta tayangan slot Tiara di Astro Prima yang antara lain dibintangi Azar Azmi, Fasha Sandha, Fendy Bakry, Faizal Hussein dan Aedy Ashraf.

   

Biodata Izzat Mushtaq

1. Nama sebenarnya Muhammad Izzat Mushtaq Hussin. Menggunakan nama komersial, Izzat Mushtaq.

2. Berumur 28 tahun (2020).

3. Berkelulusan dalam jurusan perniagaan daripada institusi pengajian di United Kingdom.

4. Merupakan pelakon yang pernah menghiasi beberapa drama rantaian termasuk Leftenan Zana, Pia, Aku Yang Kau Tinggalkan dan Dua Takdir Cinta.

5. Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @izzatmushtaq sehingga kini sudah mencatatkan angka 27 ribu pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Kecenderungannya terhadap seni lakonan mula berputik sejak usia remaja.
  • Memperoleh ilmu lakonan daripada pelakon lagenda, Fauziah Nawi.
  • Kerjayanya diselia oleh syarikat pengurusan, Fastyleasia.
  • Meletakkan sasaran dua ke tiga tahun untuk membina nama dalam bidang lakonan.
  • Mengidolakan pelakon senior, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Afdlin Shauki.
  • Pernah berkhidmat sebagai juruaudit selama setahun.
  • Aktif dalam seni mempertahankan diri campuran (MMA) dan muay thai.

   

Foto

izzat mushtaq

izzat mushtaq biodata

izzat mushtaq instagram

sinopsis dua takdir cinta 526

drama dua takdir cinta 690

izzat mushtaq umur 148

izzat mushtaq drama

Kredit foto: Instagram Izzat Mushtaq

    

Sumber:

1. Jiwa izzat pada lakonan

2. Wikipedia Dua Takdir Cinta

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)