Biodata

Nama penuh: Mohamad Zain Mohd Saidin

Nama popular: Zain Saidin

Tarikh lahir: 23 Februari 1984

Umur: 34 tahun

Kelahiran: Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, model dan pelawak

Media sosial: Instagram @zainsaidin23

Fakta Menarik

1. Anak jati Gombak, Selangor.

2. Berketinggian 171 cm.

3. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

4. Anak bongsu daripada tiga adik-beradik.

5. Adik kepada penyanyi Sasha Saidin, anggota kumpulan Elite. Manakala abang sulungnya pula bernama Adam Abdullah.

6. Berdarah kacukan Melayu dan Inggeris. Bapanya Melayu, ibunya pula berketurunan British.

7. Meskipun raut wajah beliau kelihatan seperti lelaki Inggeris, namun Zain mengakui jiwanya lebih kemelayuan kerana membesar sebagai anak kampung yang terdedah kepada persekitaran kehidupan sama seperti anak-anak melayu lain.

8. Di zaman kanak-kanaknya, Zain tidak terkecuali daripada aktiviti melastik burung, mandi sungai, bermain bola sepak dan senapang kayu yang mana menjadi hobi kegemarannya.

9. Meminati masakan kampung dan sambal belacan, bukannya pasta, lasagna, burger dan stik seperti disangka orang!

10. Fasih berbahasa Melayu dan masih mengekalkan adab budaya sekalipun menikmati kehidupan sebagai anak kota.

11. Juga mahir berbahasa Inggeris kerana mendapat pendidikan di tiga buah sekolah iaitu Sekolah Sri Inai, Garden International School dan SMK Sri Petaling yang mana ketiga-tiganya menerapkan pendedahan kepada bahasa yang berbeza. Bagaimanapun Zain berkomunikasi dengan ibunya di rumah dalam bahasa Inggeris, manakala dengan adik-beradik lain kebiasaannya menggunakan bahasa 'rojak'.

12. Memulakan karier seni sebagai model iklan.

13. Sejak kecil lagi, ibunya sering membawa beliau dan Sasha menyertai sesi ujibakat berlakon iklan sehinggalah sewaktu tingkatan tiga beliau berhenti aktif dalam bidang itu kerana ingin memberi fokus kepada pengajiannya di sekolah.

14. Menyara kehidupan sebagai pelayan dan barista di restoran serta hotel selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

15. Juga pernah berkhidmat sebagai jurulatih kecergasan di gimnasium.

16. Meskipun dikenali sebagai pelakon, namun beliau pada awalnya meminati karier nyanyian, malah pernah merakamkan lima buah lagu bersama Sasha dan bekas kakak iparnya, Hana meskipun projek itu akhirnya gagal atas faktor tertentu.

17. Mendirikan rumah tangga dengan aktres Rozita Che Wan atau Che Ta pada 13 Disember 2013 dan sehingga kini perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana.

18. Antara drama lakonannya ialah Suraya, Kiah Perkasam, Awan Dania, Evolusi KL Drift: The Series, Oh My English dan Kak Marr.

19. Manakala beberapa telefilem dibintanginya seperti Tu Dia Kiah Nak Raya, Wartawan Oh Wartawan, Oh My Ganu, Maafkan Kami dan Bukan Cinta Monyet.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon zain saidin 2

biodata dan latar belakang pelakon zain saidin 3

biodata dan latar belakang pelakon zain saidin 4

biodata dan latar belakang pelakon zain saidin 5

biodata dan latar belakang pelakon zain saidin 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Instagram Zain Saidin




Hakcipta iluminasi.com (2017)