Oleh pada 26 Oct 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sentuhan Najwa, arahan Shuhaimi Zulkefli merupakan drama bersiri televisyen slot Lestary TV3 yang menampilkan Alif Muhaimin, Afifah Nasir dan Ryry Ryun sebagai teraju utama, akan mula ditayangkan pada 26 Oktober 2022 bagi menggantikan siri Adakah Engkau Menungguku.

sinopsis sentuhan najwa

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Sinopsis

Engkaulah Cahaya Dalam Gelapku...

Menghidap HIV (human immunodeficiency virus) sejak lahir, Najwa (Afifah Nasir), seorang remaja perempuan sukar melayari kehidupannya kerana dibuli dan didiskriminasi oleh rakan-rakannya akibat penyakit yang dihidapi - berikutan salah faham tentang keadaan dirinya.

Najwa tinggal bersama ibu saudaranya, Mak Jenab (Aleza Shadan) setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang, namun akibat kemiskinan dan penyakit, Najwa sering menjadi bahan hinaan Raihana (Ryun Ryry), sehingga muncul dua lelaki iaitu Arman (Alif Muhaimin) dan Yazi (Faiz Izzat) yang mungkin mengubah takdir hidupnya.

Arman yang menjawat ketua pengawas, mempunyai perasaan terhadapnya dan senantiasa menjaganya.

Najwa menyambung pelajaran selepas mendapat keputusan yang baik dalam SPM, namun Raihana telah menjadi rakan sebiliknya di kolej. Arman turut melanjutkan pelajaran di kolej yang sama dengan Najwa dan Raihana.

Dapatkah Najwa menempuh segala dugaan yang bakal datang, lebih-lebih lagi apabila melibatkan Raihana yang tidak pernah senang melihat kejayaannya?

   

Baca: Biodata Ryun Ryry, Pelakon Drama Berepisod Sentuhan Najwa (TV3)

Baca: 8 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2022), Juga Tersedia Secara Online!

   

sentuhan najwa episod

Kredit foto: Instagram Ady Mohammad

Pelakon / Cast

Drama ini dibintangi oleh Alif Muhaimin, Afifah Nasir dan Ryry Ryun, dengan Faiz Izzat, Ady Mohammad, Jasper Supayah, Ako Mustapha, Aleza Shadan, Zila Bakarin, Zati Nizam, Zul Helmy, Ayu Ayuni, Sri Idrina, Roy Azman dan Zack Zabhas dalam peranan sokongan.

Watak Pelakon

Afifah Nasir sebagai Najwa

Alif Muhaimin sebagai Arman

Ryun Ryry sebagai Raihana

Faiz Izzat sebagai Yazi

Ady Mohammad sebagai Damier

Jasper Supayah sebagai Easther

Aleza Shadan sebagai Mak Jenab

Zila Bakarin sebagai Datin Kamala

Ako Mustapha sebagai Zakaria

Roy Azman sebagai Datuk Marzuki

Zati Nizam sebagai Rin

Ayu Ayuni sebagai Tami

Zul Helmy sebagai Redz

Sri Idrina sebagai Mia

Zack Zabhas sebagai Judi

pelakon sentuhan najwa

Kredit foto: Instagram Alif Muhaimin

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah drama berdasarkan skrip tulisan Aizad Zaidi terbitan Nuansa Sdn Bhd dan diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: KAEL - SENTUHAN [OFFICIAL MUSIC VIDEO OST SENTUHAN NAJWA]

Tajuk: Sentuhan

Penyanyi: Kael

Komposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, John Jeeves

Penulis lirik: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, John Jeeves

drama sentuhan najwa

Episod 1 Sentuhan Najwa (karya bukan adaptasi novel) menemui penonton pada 26 Oktober 2022. Kredit foto: Instagram Ady Mohammad

Waktu Siaran

Nantikan 13 episod drama Sentuhan Najwa yang bersiaran mulai 26 Oktober 2022 di slot Lestary setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam di TV3 dan turut ditayangkan dalam talian (online) menerusi perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar.

Kredit video: Nantikan Sentuhan Najwa Di Slot Lestary TV3!




Hakcipta iluminasi.com (2017)