Kredit foto: Instagram Nafiez Zaidi & Facebook Nafiez Zaidi

    

Siapa Nafiez Zaidi ? Nafiez Zaidi yang juga pemilik nama penuh, Abdul Nafis Abduzaidi merupakan seorang pelakon yang memegang watak hero dalam drama bersiri, Akulah Cinderella siaran saluran TV Okey.

Drama adaptasi novel karya Nozi Danisya itu antara lain dijayakan Oktovia Manrose, Wanns Ahmad, Kay Maria, Umie Danish,YY Aleyqa, Xid Haixal, Jack Hadzriel dan ramai lagi.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Abdul Nafis Abduzaidi.
  • Menggunakan nama komersial, Nafiez Zaidi.
  • Berumur 28 tahun.
  • Kelahiran Kangar, Perlis pada 3 Februari 1992.
  • Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
  • Mendapat pendidikan di Politeknik Sultan Abdul Halim Muā€™adzam Shah (Polimas), Jitra, Kedah dalam diploma bidang ukur bahan.
  • Mula bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2013 sebagai seorang aktor.
  • Antara drama dibintanginya seperti Kiah The Spy, Meh Sandar Pada Aku, Budak Boys, Andainya Takdir 2, Voice Note, Hot Chocolate & Tea Lady, Saat Aku Berpaling dan Superhero Hati
  • Termasuk telefilem Pak Deris Jambul, Lilinkah Aku, Hati Untuk Siapa, Karlisa, Peninggalan Arwah dan banyak lagi.
  • Pembabitannya di layar perak adalah menerusi filem Misteri Dilaila dan Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda.
  • Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama akaun @nafiez.zaidi sehingga kini mencatatkan lebih 56,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Ibunya, Haryati Mansor pernah hampir bergelar pelakon selepas mendapat tawaran menerusi uji bakat drama bersiri Opah suatu masa dahulu, namun cita-cita itu dihalang neneknya.
  • Mengidolakan pelakon berkaliber, Bront Palarae dan juga bintang antarabangsa, Johnny Depp.
  • Seawal karier, beliau banyak mendapat bimbingan daripada pelakon dan pengarah senior, Zul Huzaimy.
  • Mengidamkan karakter jahat, walaupun sering menerima peranan watak baik rentetan penerbit dan pengarah yang beranggapan raut wajahnya lebih sesuai dengan karakter berperwatakan baik.
  • Memegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang menyara kehidupan ibunya yang menetap di kampung, selepas bapa meninggal dunia pada tiga tahun lalu.
  • Bakal muncul menerusi drama Dayang Senandung terbitan Zeel Production yang masih dalam proses pembikinan, gandingan bersama bintang muda, Wani Kayrie.

    

Foto

siapa nafiez zaidi

nafiez zaidi dulu 507

nafiez zaidi

instagram nafiez zaidi

umur nafiez zaidi

drama nafiez zaidi

pelakon nafiez zaidi

drama akulah cinderella 87

wikipedia nafiez zaidi

nafiez zaidi profile

Kredit foto: Instagram Nafiez Zaidi & Facebook Nafiez Zaidi

    

Sumber:

1. Nafiez tak gentar dengan saingan

2. Watak hero dalam genggaman Nafiez Zaidi

3. Nafiez hindar kontroversi

4. Impian ibu bakar semangat

5. Wikipedia Nafiez Zaidi

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)