Kredit foto: Instagram @rizamin

Biodata

1. Nama penuhnya, Norizam bin Amin Nordin. Popular sebagai Riz Amin.

2. Lahir pada 6 Jun 1985 di Changlun, Kedah, Malaysia.

3. Berusia 34 tahun.

4. Berketinggian 1.88 meter.

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

6. Aktif dalam dunia seni sebagai pelakon sejak tahun 2015.

7. Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Hero Remaja 2003/2004 yang antara lain turut disertai rakan seperjuangan, Ryzal Jaafar.

8. Kemunculannya di layar perak menerusi filem Impak Maksima, 29 Februari, Hantu Kapcai, Tanda Putera, Laga, Ophilia, Blok 404, Kalla: Hidup Atau Mati, 7ujuh dan Polis EVO 2.

9. Di kaca televisyen, antaranya drama Emil Emilda, Spa Q 2, Sindarela, Tari Tirana, Si Capik, Tudung Express, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Yem Rempit, Mr. Boss Miss Stalker, Gerak Khas, Menanti Februari, Papa Ricky, Selafaz Cinta, Hero Bomba dan 30 Pesanan Suara.  

10. Juga telefilem Anak Cucu Tok Wan, Imam, 7 Hari Di Neraka, Man Jenggo, Cinta Di Menara Al-Burj, Lima Kali Cinta, #TerobekRaya, Jalan Balik Surau, Puisi Sedih Al Kitab, Selimut Merdeka, Sekolah Api, Vivi Si Perigi, Jodoh Hak Milik Allah, Kamar Cinta, Sirna, Titi Kayu dan banyak lagi.

11. Kelab peminatnya dinamakan sebagai Riz Amin Nation.

12. Mendirikan rumah tangga dengan Sharifah Fazlina Syed Fuad pada 16 November 2013 selepas perkenalan melalui laman sosial Friendster. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Putri Natalia Eryna.

Foto

biodata riz amin pelakon drama 30 pesanan suara 2

biodata riz amin pelakon drama 30 pesanan suara 3

biodata riz amin pelakon drama 30 pesanan suara 4

biodata riz amin pelakon drama 30 pesanan suara 5

biodata riz amin pelakon drama 30 pesanan suara 6

Kredit foto: Instagram @rizamin

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

Sumber:

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)