Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Mengisi slot Lestary yang bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di TV3, saksikan drama bersiri melayu adaptasi novel karya Nurharyati Ishak yang menggunakan judul sama, Honey-Moon.
Penggemar drama tempatan boleh meluangkan masa menonton siri ini bermula dari 16 Julai 2022 menyusuli siri Melur Untuk Firdaus yang baru melabuhkan tirai.
Kredit foto: Instagram Fajar Pakeer
Sinopsis Drama Novel Berepisod Honey Moon
Personaliti Moon (Zara Zya) dan Ilham (Ben Amir) amat berbeza. Moon, gadis bersaiz XXL yang lantang dan gemar bercakap, manakala Ilham pula si lelaki pendiam yang misteri.
Selepas diberhentikan kerja, Moon pulang ke kampung halamannya. Dia mendapat tahu yang dia telah dipinang oleh seorang lelaki kacak bernama Ilham.
“Abang tak tahu waktu bila abang sedar abang jatuh cinta pada Honey. Lihat keletah Honey, sikap sengal-sengal Honey, tiba-tiba cinta datang tanpa abang sedar. Bila dah hidup bersama ni, tentulah cinta tu makin kuat.” - Ilham
Selepas berkahwin, bermulanya kehidupan baru Moon dan Ilham di bandar. Alam rumah tangga satu ujian yang getir buat mereka suami isteri.
Ilham yang tertekan dengan kerjaya 'undercover'nya — sebagai perisik rahsia yang melibatkan sindiket berbahaya! — membuatkan Moon jadi bingung, hilang punca dan terkesan hingga berjauh hati.
“Pergilah, bang! Pergi balik. Jangan menyusahkan hidup Moon di sini lagi. Kalau Moon tak ada pun, perempuan lain boleh jaga abang!” - Moon
Seorang ego, seorang lagi pentingkan diri. Kerana salah faham, rumah tangga mereka berpecah belah.
Usai Moon tidak menginginkannya lagi, barulah Ilham sedar yang dirinya amat memerlukan Moon.
Kredit foto: Instagram Pali Yahya
Pelakon / Cast
Gandingan julung kali Ben Amir dan Zara Zya sebagai peneraju watak utama dalam naskhah drama. Antara pelakon lain yang muncul termasuklah Hanna Aqeela, Wanns Ahmad, Neera Azizi, Azizul Ammar, Dynas Mokhtar, Fiza Thomas, Khalaf Zulkafli, Fazlina Ahmad Daud, Ema Latah dan Rashdan Baba.
Watak Pelakon
Ben Amir sebagai Ilham
Zara Zya sebagai Moon
Wanns Ahmad sebagai Jiman
Dynas Mokhtar Sebagai Hajah Aminah
Fiza Thomas sebagai Heffa
Khalaf Zulkafli sebagai Jimmy
Rashdan Baba sebagai Haji Shafie
Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Drama garapan pengarah Pali Yahya dan nukilan skrip oleh Natasya Farhana ini mendapat kerjasama syarikat produksi Mache All Star United Sdn Bhd yang bertanggungjawab merealisasikan naskhah tersebut.
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Hey Honey
Penyanyi: Maria
Komposer: Tam Cobain, Efry Arwis
Penulis lirik: Arisz Ab Rahman, Tam Cobain, Efry Arwis
Episod 1 menemui penonton pada 16 Julai 2022. Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Waktu Siaran
Akan datang drama Honeymoon bermula 16 Julai 2022, tayangan setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam di saluran TV3. Secara online, drama berantai 20 episod ini turut disediakan dalam barisan kandungan aplikasi penstriman, Disney+ Hotstar.