Biodata

Nama penuh: Ahmad Fikry bin Ahmad Ibrahim

Nama popular: Fikry Ibrahim

Tarikh lahir: 16 April 1994

Umur: 24 tahun

Tempat lahir: Jitra, Kedah

Pendidikan: Diploma Komunikasi Massa (Pengiklanan) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan sedang melangsaikan baki pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sama.

Pekerjaan: Pelakon, pelawak, hos dan model

Syarikat pengurusan: LOL Entertainment

Media sosial: Instagram @fikryibrahim

Fakta Menarik

1. Sebelum bergelar selebriti, Fikry menyara kehidupannya dengan bekerja di kedai dobi selama setahun.

2. Bakatnya sebagai anak seni dikesan menerusi rancangan pencarian bakat komedi terbitan Astro Warna iaitu program Lawak Solo 2016 di mana beliau memenangi tempat ketiga sewaktu pusingan akhir.

3. Meskipun pada awalnya dikenali sebagai pelawak, namun akhirnya bakat Fikry lebih menonjol sebagai seorang pelakon terutama apabila terbabit dalam drama rantaian fenomena, Hero Seorang Cinderella dengan memegang watak sebagai 'Noah Farizzam' yang turut dibintangi pelakon popular seperti Fattah Amin, Fazura dan Uqasha Senrose.

4. Selepas itu, Fikry menjadi sinonim dengan penyanyi Siti Nordiana kerana gandingan mereka dalam beberapa drama mendapat tempat di hati peminat iaitu menerusi Cekelat Semanis Honey dan Cekelat Tak Semanis Honey. Terkini, pasangan ini sedang dalam proses penggambaran drama terbaharu berjudul Cekelat Honey. Selain itu, mereka turut digandingkan dalam video muzik lagu Hatiku Milikmu nyanyian Siti Nordiana.

5. Selain itu, Fikry juga meletup menerusi drama bersiri Rahsia Hati Perempuan (Astro Ria), Cik Reen Encik Ngok Ngek (Astro Ria) dan Kerna Syurga Bukan Percuma (Astro Oasis).

6 Sementara itu, telefilem lain yang pernah dibintanginya termasuk Gitu-Gitu Raya (Astro Warna), Pok Ya Cong Codei (Astro Warna) dan Enam/6 (Astro Citra).

7. Selain Lawak Solo, pertandingan komedi lain yang pernah disertainya ialah Super Spontan Superstar 2017.

8. Manakala sebagai hos, beliau pernah mengemudikan program Gema Gegar Vaganza (2017), Gema Gegar Vaganza musim kedua (2018) dan Hotspot (2018).

9. Meskipun belum merangkul sebarang trofi anugerah buat masa ini, namun Fikry tetap mampu mendabik dada kerana dalam usia setahun jagung pembabitannya dalam dunia hiburan sudah dicalonkan dalam beberapa kategori besar di Anugerah MeleTOP Era 2018 dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

10. Pelakon berkulit sawo matang ini seorang yang begitu mementingkan pendidikan meskipun dalam masa sama sibuk membina nama dalam dunia hiburan.

Foto Terkini biodata fikry ibrahim pelakon cik reen encik ngok ngek 2

biodata fikry ibrahim pelakon cik reen encik ngok ngek 3

biodata fikry ibrahim pelakon cik reen encik ngok ngek 4

biodata fikry ibrahim pelakon cik reen encik ngok ngek 5

biodata fikry ibrahim pelakon cik reen encik ngok ngek 6

Kredit:

1. Wikipedia Fikry Ibrahim

2. Kosmo

3. Instagram Fikry Ibrahim




Hakcipta iluminasi.com (2017)