Oleh pada 21 Jan 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Life Lila (bukan adaptasi novel) merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2022, lakonan Shasha Abedul, Aniq Suhair, Nia Atasha dan Siti Hariesa.

Episod 1 akan datang pada 21 Januari 2022 di saluran TV3 menggantikan drama bersiri 28 Hari Mencari Cinta.

drama life lila

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

Sinopsis

Kehidupan pempengaruh, Lila (Shasha Abedul) di media sosial yang dahulunya membahagiakan, bertukar menjadi huru hara angkara diri sendiri yang memakan diri.

    

Siri ini mengangkat kisah Lila, seorang influencer laman sosial yang mempunyai bakat dalam bidang kosmetik namun mengambil ringan dengan pekerjaannya.

Apabila dia kehilangan segalanya hanya dalam satu hari, Lila terpaksa berbohong tentang kehidupannya, hingga membuatkan dia lemas dengan helah sendiri.

   

pelakon life lila

Kredit foto: Instagram Dilla Ahmad

Pelakon / Cast

Watak utama dikendalikan pelakon Aniq Suhair (Hero Remaja), Shasha Abedul, Nia Atasha dan Siti Hariesa.

Penampilan bersama Dhuha Mansor, Dilla Ahmad, Nik Rifaie, Ariana, Fatin Ariana, Shaida Ali dan Zuraini Kasim.

Baca: Biodata Aniq Suhair

Baca: Biodata Shasha Abedul

novel life lila

Kredit foto: Instagram Liyana Jasmay

Watak Pelakon

Shasha Abedul sebagai Lila

Aniq Suhair sebagai Zack

Nia Atasha sebagai Bibi

Siti Hariesa sebagai Aina

Dhuha Mansor sebagai Udin

Dilla Ahmad sebagai Julia

Nik Rifa'ie sebagai Jeff

Fatin Ariana sebagai Kaseh

Zuraini Kasim sebagai Pak Ajis

Shaida Ali sebagai Mak Jah

sinopsis life lila 869

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya terbitan Mermaid Studios Sdn Bhd menampilkan pelakon berpengalaman, Liyana Jasmay sebagai pengarah dan Faten Syamimie selaku penulis skrip.

     

life lila episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Waktu Siaran

Paparan 13 episod boleh diikuti mulai 21 Januari 2022 menerusi slot Lestary, saluran TV3 pada waktu tayangan yang dijadualkan setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam.

Strim di platform penstriman, Disney+ Hotstar untuk tontonan online.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Sumber:

1. Drama Sangat

2. Mermaid Studios




Hakcipta iluminasi.com (2017)