Oleh pada 03 May 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Zeel Production

Drama Juliet (bukan adaptasi novel) gandingan Redza Rosli dan Rita Nadira bakal membuka tirai tayangan pada 3 Mei 2022 di slot Widuri, saluran RTM TV1 bagi menggantikan siri Aku Pilih Bahagia.

drama juliet rtm

Kredit foto: Instagram Fahmey Burn

Sinopsis

Takdir mengembalikan dua beradik terpisah, Julia dan Ashraf bersama hingga membibit perasaan cinta.

Julia, seorang wanita yang menempuhi kehidupan serba sederhana di bawah jagaan ibunya, Maryam yang takut dengan bayang-bayang sendiri.

Perwatakan Julia yang naif itu telah menarik minat Ashraff yang berasal dari keluarga berada, untuk cuba lebih mengenalinya.

Maryam yang bencikan orang kaya, masuk campur dalam hubungan cinta Julia dan Ashraff. Maryam mempunyai sejarah hitam bersuamikan orang kaya dan enggan ulang sejarah lamanya.

Ashraff dibesarkan oleh neneknya, Matilda dengan penuh kasih sayang selepas ibu bapa Ashraff, Ariff dan Mina terlibat dalam satu kemalangan.

Tragedi itu meragut nyawa Ariff manakala Mina mengalami masalah mental.

Matilda kini menjejaki isteri dan anak Ariff hasil daripada perkahwinan Ariff tanpa pengetahuan Matilda, untuk menunaikan amanah yang diberikan Ariff sebelum meninggal dunia.

Selepas 20 tahun, akhirnya Matilda menemui Julia, anak kandung Ariff.

Julia diundang untuk tinggal sebumbung dalam rumah agam Matilda.

Ariff mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan cinta dengan Julia akibat terlalu kecewa setelah mengetahui hakikat Julia sedarah sedaging dengannya.

Dalam masa sama, kehadiran Julia memang begitu dinantikan Mina. Mina memang punya banyak akal.. selama ini dia hanya berpura-pura ‘gila’ kerana ingin menafikan dosanya membunuh suami sendiri!

Kerana sakit hati suami kahwin lain berikutan dirinya mandul, Mina mengambil Ashraff sebagai anak angkat bagi mengaburi mata Matilda.

Kini, di luar pengetahuan ramai, Matilda cuba untuk membunuh Julia dek menaruh dendam terhadap Julia dan Maryam. Matilda menghasut Ashraff untuk menghapuskan Julia dengan alasan Ashraff dapat menjadi waris harta Ariff tanpa mengalir kepada Julia.

Dan Julia akhirnya ‘dibunuh’ Ashraff!

Ashraff kemudian memperisterikan Lily dalam sebuah perkahwinan yang tidak bahagia.

Sementara itu, Ashraff menghidu penglibatan Matilda dalam kegiatan ‘black money’. Matilda menyedari terdapat musuh yang perlu dia atasi yang ingin menjatuhkannya.

Susan adalah musuh tradisi Matilda, bergabung dengan Juliet untuk menjatuhkannya.

Juliet pula ingin membalas dendam pada Matilda dan Ashraff, kekasihnya yang dicintai. Siapakah sebenarnya Juliet?

Saksikan tayangan episod 1 'Juliet' pada 3 Mei 2022 ini..

sinopsis juliet

Kredit foto: Instagram Zeel Production

Pelakon / Cast

Rita Nadira dan Redza Rosli bergandingan bersama selaku teraju utama, bersama dengan penampilan pelakon Shah Iskandar, Rozita Che Wan, Scha Elinnea, Jabir Meftah (Hero Remaja), Shah Khan, Asha Merican, Haliza Misbun, Azza Elite, Mas Anizan, Sofia Ibrahim, Louisa Chong, Khairil Anuar, Nur Azwani Izzati, Mak Jah dan Halmey Hamdah.

juliet episod 554

Kredit foto: Instagram @rrsupporters

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sentuhan Syed Mohd Taufik Syed Abdul Jalil sebagai penulis skrip ini merupakan hasil garapan pengarah Dato Ahmad Tamimi Siregar yang diterbitkan oleh syarikat produksi Zeel Production Sdn Bhd.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Ernie Zakri - Boneka [Official Music Video] [OST Bougainvillea]

Tajuk: Boneka 

Penyanyi: Ernie Zakri

Komposer: Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat

Penulis lirik: Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat

     

juliet

Kredit foto: Instagram Zeel Production

Waktu Siaran

Disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6 petang untuk sepanjang tayangan 26 episod. Ke udara di saluran RTM TV1 dalam slot Widuri yang bermula pada 3 Mei 2022.

   

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru 2021 / 2022 Yang 'Best', Boleh Tonton Secara Online!

Sumber:

1. Zeel Production

2. RTM




Hakcipta iluminasi.com (2017)