Oleh pada 08 Nov 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  
Drama Jesnita gandingan hebat antara Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Fikry Ibrahim, Nasha Aziz dan barisan pelakon yang lain — untuk slot Tiara yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat drama tempatan — akan ditayangkan di Astro Prima (saluran 105) mulai 7 November 2022 bagi menggantikan siri Takdir Cinta Dhia yang berakhir minggu lalu.
  

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

  

Sinopsis

Drama yang sarat dengan kisah kekeluargaan dan saspens ini mengisahkan Jesnita (Intan Najuwa), seorang gadis yang gilakan harta dan kekayaan.
  
Demi mendaki status sosial yang tinggi dan mengejar cita-cita untuk menjadi kaya, dia mengahwini seorang pewaris perniagaan, Zaid (Malek Mccrone) yang boros dan sering memanjakannya dengan berbelanja untuk memenuhi keinginannya.
  
Hakikatnya Jesnita hanya menggunakan Zaid kerana apabila syarikat Zaid dilanda masalah kewangan dan di ambang muflis, Jesnita beralih kepada Rafael (Yusuf Bahrin) yang merupakan rakan niaga kepada Zaid.
  
Jesnita meminta cerai daripada Zaid untuk mengahwini Rafael, tetapi perkahwinan itu hanyalah indah khabar dari rupa dan mengejutkan Jesnita apabila mengetahui dia adalah isteri kedua selepas isteri pertama Rafael, Dayana (Nina Smith).
  
Kehidupan barunya juga tidak aman apabila bekas ibu mertuanya, Syafinaz (Nasha Aziz) yang membencinya kini berikrar untuk menjatuhkan dia dan suami baharu sebagai balasan atas kesalahannya terhadap Zaid, demi dendam yang tersemat di hati seorang ibu yang dikhianati.
  
  

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

  

Pelakon / Cast

Gandingan hebat antara pelakon generasi baharu dan yang berpengalaman iaitu Intan Najuwa sebagai Jesnita, Yusuf Bahrin sebagai Rafael, Fikry Ibrahim sebagai Zainal, Nasha Aziz sebagai Syafinaz dan Malek McCrone sebagai Zaid.
  
Turut membawakan bintang tempatan popular lain untuk menyokong watak sampingan iaitu Hafidz Roshdi, Rozita Che Wan, Nina Smith, Fatiya Latiff, Lydiawati (Lydia Saimon), Aqil Taqee, Ani Maiyuni, Fiza Thomas, Zach Zaffranz (Zachery Franz), Ezaidi Aziz, Putri Dellyna, Natasha Azizan, Fendi Seman dan Mak Jah.
  

Watak Pelakon

Intan Najuwa sebagai Jesnita
Yusuf Bahrin sebagai Rafael
Malek Mccrone sebagai Zaid
Fikry Ibrahim sebagai Zainal
Nasha Aziz sebagai Syafinaz
Hafidz Roshdi sebagai Aidil
Rozita Che Wan sebagai Rosemila
Nina Smith sebagai Dayana
Fatiya Latiff sebagai Aurora
Fiza Thomas sebagai Electra Marcos
Aqil Taqee sebagai Iskandar
Ani Maiyuni sebagai Seri
Lydia Saimon sebagai Hayati
Zachery Franz sebagai Fauzi
Ezaidi Aziz sebagai Salaam
Putri Dellyna sebagai Bella
Natasha Azizan sebagai Aina
Fendi Seman sebagai Pak Din
Mak Jah sebagai Mak Yam
  

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya produksi Zeel Production yang diterajui oleh pengarah Emi Suffian (Pyan Screw) dengan skrip yang dihasilkan oleh panel penulis terdiri daripada Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil, Sidek Ariff, Irwan Mansor dan Nurul Hazrina.
  

Lagu Tema (OST)

  
Tajuk: Sepi Sekuntum Mawar Merah
Penyanyi: Amir Masdi
Komposer: Fauzi Marzuki
Penulis lirik: Luqman S
Penyanyi Asal : Ella
  

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

  

Waktu Siaran

Siri 40 episod ‘Jesnita’ setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang, dimuatkan dalam kandungan slot Tiara menerusi Astro Prima (saluran 105) bermula pada 7 November 2022.
  
Dalam talian (online), strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang fleksibel.
  
*Love Novel bakal bekerjasama dengan Astro untuk mengadaptasi drama 'Jesnita' menjadi novel. Nantikan pengumuman lanjut di akaun Facebook Love Novel.
  
  



Hakcipta iluminasi.com (2017)