Oleh pada 04 Apr 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

'Covid Oh Covid' yang ditayangkan di slot Lestary TV3 sejak 2 April lalu merupakan sebuah drama bersiri Malaysia 2021 arahan sutradara Jet Li dan Izuan Mokhtar.

Peranan watak dijayakan para pelakon seperti Syafiq Kyle, Nora Danish, Umie Aida, Nazrief Nazri, Nafiz Muaz, Nabila Huda, Fathia Latiff dan ramai lagi.

covid oh covid tv3

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Mengisahkan situasi yang melanda keluarga besar Tok Wan ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Habsah, anak perempuan sulung Tok Wan tidak menyangka yang suaminya selama ini menjalinkan hubungan dengan seorang janda.

Manakala Safura selaku cucu Tok Wan yang juga seorang penyanyi, merancang untuk mengadakan konsert virtual bagi mengumpul dana membantu golongan warga seni.

Seorang lagi cucu Tok Wan, Shazlin berdepan 'ujian' apabila suaminya mendapat tahu yang dia sebenarnya tidak tahu memasak dan hanya memesan makanan daripada restoran selama ini!

Pelbagai lagi insiden kecoh melucukan didepani keluarga Tok Wan yang memaksa mereka untuk bersatu sebagai sebuah famili.

pelakon covid oh covid 707

Kredit foto: Instagram Nora Danish

Pelakon

Dibintangi pelakon Syafiq Kyle, Nora Danish, Datin Seri Umie Aida, Nabila Huda, Nazrief Nazri, Nafiz Muaz, Adibah Noor, Tony Eusoff, Tiz Zaqyah, Amar Asyraf, Fathia Latiff, Nasiruddin Alaydrus dan Yusof Hashim.

Baca: Biodata Syafiq Kyle

Baca: Biodata Nora Danish

Baca: Biodata Umie Aida

Baca: Biodata Nabila Huda

Baca: Biodata Nazrief Nazri

Baca: Biodata Nafiz Muaz

Baca: Biodata Tiz Zaqyah 

Baca: Biodata Amar Asyraf

Baca: Biodata Fathia Latiff

covid oh covid episod 297

Kredit foto: Instagram Nora Danish

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Garapan pengarah Jet Li dan Izuan Mokhtar, terbitan produksi Rumah Karya Citra.

covid oh covid drama

Kredit foto: Instagram Nora Danish

Waktu Siaran

Tayangan 13 episod mulai 2 April 2021 di slot Lestary saluran TV3, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam.

Kredit video: Covid Oh Covid l Mulai 2 April, Setiap Rabu hingga Sabtu, 9 malam hanya di TV3

Kredit video: Opening Montage Covid Oh Covid

Sumber:

1. Drama Sangat

2. iQiyi

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)