Kredit foto: Instagram @umieaida9

Biodata

1. Nama penuhnya, Umi Khalsum binti Rahmad Ali. Dikenali sebagai Umie Aida.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 18 Januari 1973.

3. Berusia 46 tahun.

4. Adik kepada pelakon dan pengarah, Erma Fatima dan kakak kepada pelakon Betty Rahmad.

5. Bergelar pelakon, model dan penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1991.

6. Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Dewi Remaja 1990/91 yang antara lain disertai pelakon Jasmin Hamid, Didie Alias, Emilia Rosnaida dan Kuza.

7. Antara filem lakonannya seperti Senario Lagi, Jimi Asmara, Leftenan Adnan, Embun, Puaka Tebing Biru, Hikayat Merong Mahawangsa dan Dukun.

8. Termasuk drama Romeo & Juliet, Salam Taj Mahal, Dalam Hati Ada Cinta, Rindu Semakin Jauh, Aku, Dia & Cape Town, Kekasihku Seru, Mak Cun dan banyak lagi.

9. Juga telefilem Pengantin Popular, Surah Terakhir, Ayuni, Menjaring Matahari, Tarantula, Airmata Nur Salina, Sepatu Merah, Aku Bukan Malaikat dan beberapa lagi.

10. Sewaktu masih solo, beliau pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Sidi Oraza, penerbit Mohd Nor Kadir, aktor Hairie Othman dan penyanyi Aqasha, sebelum akhirnya mendirikan rumah tangga dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang sembilan tahun lebih tua daripadanya. Mereka berkahwin di hadapan Kaabah, Masjidil Haram Mekah pada 14 Mac 2010.

11. Selepas bergelar isteri, beliau lebih selektif dalam memilih tawaran lakonan kerana ingin menumpukan perhatian terhadap tugasan menguruskan suami dan anak-anak, Daniel dan Dzul serta dua orang anak tiri hasil perkahwinan Khairuddin yang terdahulu.

12. Rentetan isu masalah rumah tangganya pada hujung 2013, beliau memberi petanda akan bersara daripada bidang hiburan. Bagaimanapun situasi sebaliknya apabila dia dan suami kelihatan kembali berbaik pada Ramadan 2014. Umie juga mula mengenakan hijab sepenuhnya.

      

Fakta Menarik

  • Mempunyai dua buah album studio iaitu Romeo & Juliet pada 1999 dan Gema Kasih (2002).
  • Antara lagu dipopularkannya seperti Redup Kerinduan, Kepadamu Kekasih, Salam Taj Mahal, Semakin Pasti dan Cinta Kita.
  • Pernah menggunakan nama komersial 'Ermy Zura' sebelum menukar kepada nama popularnya sekarang.
  • Rakan rapat kepada aktres Erra Fazira yang juga kawan karibnya di bangku sekolah. Selain itu, beliau berteman baik dengan aktres Nasha Aziz, Effa Ismail, Nor Aliah Lee dan Zahida Rafik.
  • Pernah dua kali tercalon dalam senarai akhir di Festival Filem Asia Pasifik, termasuk memegang trofi Pelakon Wanita Terbaik (drama dan filem) sebanyak lima kali di Anugerah Skrin, serta dua trofi di Festival Filem Malaysia.
  • Digelar 'Ratu Filem Epik' kerana sering membuat kemunculan dalam filem dan drama epik, sekaligus menjadi antara aktres dengan bayaran paling lumayan.

         

Foto

biodata dan latar belakang pelakon umie aida 2

biodata dan latar belakang pelakon umie aida 3

biodata dan latar belakang pelakon umie aida 4

biodata dan latar belakang pelakon umie aida 5

biodata dan latar belakang pelakon umie aida 6

Kredit foto: Instagram @umieaida9

Video

Kredit video: Youtube Meletop

     

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Beautifulnara

3. Media Hiburan




Hakcipta iluminasi.com (2017)