Oleh pada 08 Dec 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Gila Gila Cinta (bukan adaptasi novel) adalah sebuah drama bersiri Malaysia 2021 yang bakal menggantikan siri Diari Seorang Suami di slot Lestary.

Tayangan episod 1 arahan Emi Suffian ini akan menemui penonton di saluran TV3 pada 8 Disember 2021.

gila gila cinta

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Mengisahkan konflik cinta antara Ben (Aziq Mukhriz), Afiera (Afiera Riana), Diya (Dayang Areeda) dan Karl (Zaki Azeman).

Afiera, seorang agen insurans bakal mendirikan rumah tangga dengan teman lelakinya, Ben yang merupakan seorang playboy.

Tanpa pengetahuan Afiera, Ben adalah kekasih lama kepada teman sekerjanya, Diya, seorang instafamous yang juga agen insurans.

Dalam pada itu, Diya mempunyai jiran bernama Karl, seorang penyunting video yang sering tampil bergaya, namun menjadi musuh ketat Diya kerana selalu bertekak angkara perkara-perkara yang remeh.

Karl pula sebenarnya adalah bekas kekasih kepada Afiera!

pelakon gila gila cinta

Kredit foto: Instagram Afiera Riana

Pelakon / Cast

Menampilkan lakonan utama Aziq Mukhriz (Aziqmu), Afiera Riana (Afieragoes), Zaki Azeman dan Dayang Areeda.

Turut membariskan watak-watak tambahan yang antaranya digalas oleh pelakon Asyraf Rozami, Hasmira Azmi, Noriza Salleh dan Rosnah Idris.

Baca: Biodata Zaki Azeman

Baca: Biodata Dayang Areeda

Baca: Biodata Asyraf Rozami

Watak Pelakon

Aziq Mukhriz sebagai Ben

Afiera Riana sebagai Afiera

Dayang Areeda sebagai Diya

Zaki Azeman sebagai Karl

Asyraf Rozami sebagai Ery

   

drama gila gila cinta

Kredit foto: Instagram Dayang Areeda

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Emi Suffian (Pyan Screw) memegang tanggungjawab sebagai sutradara dalam drama terbitan produksi Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd ini daripada naskhah penulis skrip, MF Kencana.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Khareez Kasbulah - Pelangi | OST Gila-Gila Cinta [Official Music Video]

Tajuk: Pelangi

Penyanyi: Khareez Kasbulah

Komposer: Khareez Kasbulah, Farez Asmadi, Sharon Paul

Penulis lirik: Khareez Kasbulah, Acap Salim

gila gila cinta episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Waktu Siaran

Gila Gila Cinta yang mempunyai 7 episod bakal menghiasi saluran TV3 menerusi slot Lestary pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam bermula 8 Disember 2021.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Kredit video: Di Sebalik Tabir Gila-Gila Cinta

Sumber:

1. Di Sebalik Tabir Gila-Gila Cinta

2. Drama Sangat




Hakcipta iluminasi.com (2017)