Kredit foto: Instagram @noradanish

Biodata

1. Nama penuhnya, Nora binti Mohd Danish Hanif.

2. Dilahirkan pada 7 Mac 1982 di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Berusia 37 tahun.

5. Berketinggian 1.50 meter.

6. Anak kepada pasangan Mohd Danish Hanif (bapa) dan Salimah Talib (ibu).

7. Anak bongsu daripada empat adik-beradik yang mana kesemuanya perempuan.

8. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Kajang, Selangor.

9. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

10. Bergelar pelakon, pengacara dan model.

11. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2005.

12. Antara flem dibintanginya seperti Gila-Gila Pengantin Popular, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Polis EVO, Surga yang Tak Dirindukan 2 dan Bukan Cinta Malaikat.

13. Pembabitan di kaca televisyen, antaranya menerusi drama Puteri, Gadis Cuci (Musim 1), Khurafat The Series, Mak Cun dan Bahagia Bukan Bidaan. Termasuk telefilem Celak Pak Andam, Cikgu Timah Sekolah Bandar, Lampu Merah, Kuntom dan Hingga Jumpa Lagi.

14. Sebagai penyanyi, beliau pernah merakamkan single Ini Lagi Boom (bersama W.A.R.I.S) dan Bersama Together (bersama Iz Sulaini).

15. Mendirikan rumah tangga dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli yang juga anak sulung kepada bekas Speaker Parlimen Malaysia, Tan Sri Ramli Ngah Talib, pada 20 Jun 2006. Perkahwinan itu diserikan seorang cahaya mata lelaki bernama Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. Mereka bagaimanapun memutuskan untuk bercerai pada awal Julai 2008.

16. Pada 30 Mac 2017, Nora bergelar isteri kepada Nedim Nazri, anak bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Mohamed Nazri Abdul Aziz. Mereka dianugerahkan seorang anak lelaki bernama Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.

17. Beliau yang dilaporkan mempunyai krisis dengan pelakon Fasha Sandha selama lapan tahun itu akhirnya menamatkan 'perang' berkenaan apabila memilih untuk berdamai pada penghujung Mei 2018.

18. Sehingga kini laman sosial Instagramnya mencecah 5.9 juta pengikut.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon nora danish 2

biodata dan latar belakang pelakon nora danish 3

biodata dan latar belakang pelakon nora danish 4

biodata dan latar belakang pelakon nora danish 5

biodata dan latar belakang pelakon nora danish 6

Kredit foto: Instagram @noradanish

Video

Kredit video: Youtube Astro Awani

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Kosmo




Hakcipta iluminasi.com (2017)