syafiq kyle

Kredit foto: Instagram @syafiqkylez

Biodata

Nama penuh: Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak 

Tarikh lahir: 24 Jun 1992

Umur: 25 tahun

Tempat lahir: Kuala Lumpur

Tempat tinggal: Kuala Lumpur

Warganegara: Malaysia

Pendidikan: Diploma Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 

Pekerjaan: Pelakon dan model

Tahun aktif: 2011 sehingga kini

Ketinggian: 5 kaki 8.5 inci (1.74 meter)

Media sosial: Instagram (@syafiqkylez), Facebook (@isyafiqkyleofficial) dan Twitter (@isyafiqkyle)

Drama popular

1. Iparku Diva (Astro Warna). Lakonan Rozita Che Wan, Norman Hakim dan Sheera Iskandar.

2. Tanah Kubur (Astro Oasis) musim ke-3 hingga 9 sebagai Johan.

3. Kampung Girl (TV3) sebagai Redhuan. Lakonan Akim Ahmad dan Nad Zainal.

4. Kerana Terpaksa Aku Relakan (TV3) sebagai watak pembantu, Tajul Fahin.

5. Married Tapi Benci (TV3) sebagai Kamal. Lakonan pelakon baru, Azira Shafinaz iaitu ahli kumpulan De Fam.

6. Sekali Aku Jatuh Cinta (TV3). Lakonan pelakon baru, Mimi Lana.

7. Suamiku Paling Sweet (TV3) sebagai Izz Haikal.

8. Mencintaimu Mr. Photographer (Astro Ria) sebagai Nazmi Elyas, seorang jurufoto profesional yang popular di dunia peragaan. Lakonan aktres Singapura, Hannah Delisha.

9. Dekatkan Jarak Kita (TV3) sebagai watak utama, Ian Tashriq. Lakonan bersama Ayda Jebat. 

10. Tak Ada Cinta Sepertimu (Astro Ria) sebagai watak utama, Hazran Widad. Lakonan bersama Zahirah MacWilson.

Fakta ringkas

1. Syafiq Kyle adalah seorang pelakon tempatan yang mula menempa nama setelah berjaya meraih tempat kedua menerusi pertandingan Hero Remaja 2011/12. Beliau merupakan anak kedua dari 3 beradik dan kesemua mereka adalah lelaki. Beliau membesar di Kuala Lumpur.

2. Penampilan Syafiq yang mula mencuri tumpuan peminat ialah watak Johan menerusi drama bersiri popular, Tanah Kubur di Astro Oasis. Namun, lakonan sulung beliau adalah drama komedi, Iparku Diva dimana beliau hanya memegang peranan kecil.

3. Syafiq Kyle pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon cantik, Uqasha Senrose. Mereka pernah digandingkan bersama menerusi drama Tanah Kubur dan telemovie Mat Despatch Raya Sakan arahan Rashid Sibir. Namun, masing-masing menafikan spekulasi tersebut dan menyatakan hanya berkawan baik.

4. Syafiq juga pernah dikaitkan dengan Mimi Lana, iaitu heroin drama Sekali Aku Jatuh Cinta dimana Syafiq merupakan heronya.

5. Syafiq sekali lagi menjadi bualan ramai kerana menjalinkan hubungan rapat bersama heroinnya dalam drama adaptasi novel, Mencintaimu Mr. Photographer iaitu aktres cantik dari Singapura, Hannah Delisha. Akan tetapi, mereka menyifatkan hubungan yang terjalin tidak lebih dari sekadar sahabat.

6. Syafiq Kyle ialah antara finalis Hero Remaja 2011/12 yang mana pesaingnya ketika itu ialah Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Hafreez Adam, Ben Amir, Nazrief Nazri dan Hafidz Roshdi. Namun, beliau kalah dengan Fattah yang berjaya merangkul gelaran juara. Saharul diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.

7. Syafiq juga pernah menyertai rancangan Liga Lawak Superstar bersama kumpulan "Apa Kasih Toq" yang turut dianggotai oleh Didie Alias dan Kamal Adli ketika peringkat separuh akhir.

Foto terkini

syafiq kyle 1

syafiq kyle 2

syafiq kyle 3 382

syafiq kyle 4

syafiq kyle 5

Sumber:

1. Wikipedia Syafiq Kyle

2. Instagram Syafiq Kyle

3. Instagram Skylovers Official

4. Instagram BamBamStudios


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)