Kredit foto: Instagram Amar Asyraf

    

Amar Asyraf merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia yang mula mencipta nama menerusi drama Setia Hujung Nyawa pada tahun 2012, lakonan bersama Nelydia Senrose.

Biarpun popularitinya dikatakan tenggelam dek kemunculan bakat-bakat baharu, namun beliau masih dilihat aktif menjayakan watak lakonan sama ada di kaca televisyen mahupun layar lebar.

    

Biodata

1. Pemilik nama penuh Amar Asyraf bin Zailuddin. Dikenali sebagai Amar Asyraf.

2. Lahir pada 15 November 1986 di Masjid Tanah, Melaka.

3. Berusia 33 tahun.

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

5. Memiliki diploma dalam jurusan Persembahan Seni Dan Lakonan daripada Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA).

6. Mula bergiat dalam bidang seni sejak tahun 2011 sebagai pelakon dan pengarah.

7. Popularitinya meningkat naik selepas membintangi drama Setia Hujung Nyawa pada tahun 2012, membawakan watak Zain Hakimi dan bergandingan dengan aktres Nelydia Senrose.

8. Antara drama dibintanginya seperti Nilapura, Dalam Hati Ada Taman, Setia Hujung Nyawa, Masihkah Ada Cinta, Menantu Bilal dan Kau Yang Pertama.

9. Termasuk telefilem Patah Seribu, Perempuan Lindungan Kaabah, Romantika Bulan Madu, Transit Terakhir, Cahaya Di Hujung Terowong, Samad Tedung dan banyak lagi.

10. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Penunggu Istana, Blok 404, Ratu Kala Jengking dan Escape.

11. Pemegang trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin ke-19 (2015) menerusi telefilem Dari Pintu Neraka.

12. Mendirikan rumah tangga dengan Arna Salleh pada 7 Jun 2013 selepas mengikat tali pertunangan pada 2011.

    

Foto

pelakon amar asyraf

isteri amar asyraf

amar asyraf kahwin

amar asyraf dan isteri 552

amar asyraf ig

Kredit foto: Instagram Amar Asyraf

    

Video

Kredit video: Amar Asyraf Seronok Jadi Pensyarah

    

Sumber:

1. Wikipedia Amar Asyraf

2. 'Biar Kurang Popular, Asal Jangan Tenggelam Terus'

3. Amar Sabar Tunggu Peluang

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)