Kredit foto: Instagram @nazrief_nazri

       

Biodata

1. Nama penuhnya, Mohamad Nazrief bin Mohamad Nazri.

2. Dikenali sebagai Nazrief Nazri.

3. Kelahiran Seremban, Negeri Sembilan pada 19 Oktober 1991.

4. Membesar di Seri Menanti.

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

6. Pemegang Ijazah berkembar Sarjana Muda Operasi Maritim daripada Malaysian Institute Of Maritime Engineering Technology (UniKL Mimet) dan Chartered Institute Of Logistics And Transport (CILT).

7. Merupakan pelakon, model dan penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.

8. Kerjayanya berkembang selepas tersenarai antara 23 Finalis pertandingan Hero Remaja 2011/12 yang antara lain disertai Fattah Amin, Syafiq Kyle, Saharul Ridzwan, Fendy Bakry, Hafidz Roshdi, Ben Amir dan Hafreez Adam.

9. Antara drama dibintanginya seperti Maskara, Pengancam Perkahwinan, Misiku Kuza, Suami Sebelah Rumah, Urusan Hati Cik Drama Queen, Leftenan Zana dan Utusan Cinta Buat Adam.

10. Termasuk telefilem Anak Ikan, Al Kazzab, Malam Tanpa Yasin, Doa Untuk Dijual dan banyak lagi.

11. Bergelar hos program 'Sembang Terapi' bersama pengacara Akhmal Nazri dan Dayah Bakar.

12. Juga penyanyi yang pernah muncul menerusi single 'Cinta Semalam' terbitan Julai 2017.

      

Fakta Menarik

  • Pernah bergelar bilal kanak-kanak di masjid kampungnya ketika membantu ibunya berniaga di bazar Ramadan sewaktu kecil dahulu.
  • Kedua ibu bapanya memutuskan untuk bercerai pada 2016 iaitu sewaktu Nazrief berumur 25 tahun.
  • Beliau mengakui obses dengan Dato' Rosyam Nor dan telah menonton kesemua filem pelakon itu. Nazrief mendedahkan cukup mengagumi beberapa aspek dalam diri Rosyam yang katanya wajar dijadikan contoh, seperti dalam soal keterampilan dan kejayaaan membina reputasi sebagai ahli perniagaan.

        

Foto

biodata nazrief nazri pelakon drama utusan cinta buat adam 2

biodata nazrief nazri pelakon drama utusan cinta buat adam 3

biodata nazrief nazri pelakon drama utusan cinta buat adam 4

biodata nazrief nazri pelakon drama utusan cinta buat adam 5

biodata nazrief nazri pelakon drama utusan cinta buat adam 6

Kredit foto: Instagram @nazrief_nazri

     

Video

Kredit video: Youtube MVM Music

     

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. BH Online

3. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)