Biodata

Nama penuh: Siti Zaqyah binti Abdul Razak

Nama popular: Tiz Zaqyah

Tarikh lahir: 25 Oktober 1988

Umur: 30 tahun

Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, model komersial, penyanyi dan jurucakap produk

Media sosial: Instagram @tiz.zaqyah

Fakta Menarik

1. Berketinggian 1.5 meter.

2. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2006.

3. Anak kedua daripada dua adik-beradik. Mempunyai seorang kakak.

4. Mendapatkan pendidikan di Sekolah Menengah Subang Jaya.

5. Drama pertama lakonannya ialah siri televisyen Gol & Gincu The Series yang ditayangkan di saluran 8TV pada tahun 2006.

6. Namanya mula melonjak naik menerusi drama bersiri Nur Kasih yang disiarkan di saluran TV3 pada tahun 2009, memegang watak sebagai Nur Amina iaitu peranan utama, sekaligus membawa kemenangan kepadanya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular.

7. Selain itu, antara drama popular lain yang dibintanginya ialah Spa Qistina, Tahajjud Cinta, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Oh My English, Cinta Jangan Pergi dan Isteri Bukan Untuk Disewa.

8. Manakala filem pertama lakonannya ialah Nur Kasih The Movie pada tahun 2011, diikuti Cinta Kura Kura dan Kolestrol vs Cinta.

9. Beberapa telefilem popular dibintanginya seperti Korban Kasih Marlisa, Keabadian Cinta, Kuih Makmur, 7 Lagu, Geisha Melayu Terakhir, Dari Kedah Ke Kuala Lumpur, Aduh Sayang, Runtuhnya Sebuah Dosa, Oh My Ganu, Cermin Kasih dan Memori Pajeri Nanas.

10. Dalam bidang nyanyian, Tiz pernah muncul menerusi lagu Nur Kasih (duet bersama Yasin Sulaiman) dan Together (duet bersama SleeQ & Zain Saidin).

11. Merangkul trofi Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–23,

12. Pada 27 Oktober 2011, pelakon Remy Ishak memaklumkan dirinya dan Tiz sedang menjalinkan hubungan istimewa meskipun masih dalam proses berkenalan. Bagaimanapun pada September 2012, Remy mendedahkan hubungan mereka sudah tiga bulan berakhir.

Foto

biodata tiz zaqyah pelakon drama isteri bukan untuk disewa 1

biodata tiz zaqyah pelakon drama isteri bukan untuk disewa 2

biodata tiz zaqyah pelakon drama isteri bukan untuk disewa 3

biodata tiz zaqyah pelakon drama isteri bukan untuk disewa 4

biodata tiz zaqyah pelakon drama isteri bukan untuk disewa 5

Video

Kredit:  

1. Wikipedia

2. Media Malaya

3. Beautifulnara

4. Instagram Tiz Zaqyah




Hakcipta iluminasi.com (2017)