Biodata

1. Pemilik nama penuh Muhd Nafiz Muaz bin Mat Nasir.

2. Kelahiran Sungai Petani, Kedah, Malaysia pada 1998. Kini berusia 21 tahun (2019).

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

4. Berketinggian 180 sentimeter.

5. Mula berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai pelakon sejak tahun 2016.

6. Bekas finalis pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur 2016 yang antara lain disertai Syazuwan Hassan, Jaja Iliyes, Amirul Faqeem, Shuhanty Hanafiah dan Indah Emeerlda.

7. Pernah membintangi drama Amsyar, Sweetie Nanie, Jejak Karmila, Budak Boys, Cinta Koko Coklat, Cinta Tiada Ganti dan terkini, Encik Iman Ekspres.

8. Juga telefilem Bibah Bebel, Pondok Itu Rumahku, Ketika Daun Berzikir, Tali Kasut dan Azam.

9. Tercalon dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

10. Bercita-cita menduduki kerusi pengarah suatu hari nanti.

11. Mengidamkan peluang berlakon di sisi nama-nama besar umpamanya Datuk Rosyam Nor, Shaheizy Sam dan Syamsul Yusof.

12. Melalui zaman kesusahan sewaktu awal mencipta nama, antaranya terpaksa tidur di Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur selama tiga hari ketika mula menjejakkan kaki ke ibu kota untuk menjayakan penggambaran drama.

Foto

biodata nafiz muaz pelakon drama encik imam ekspres 2

biodata nafiz muaz pelakon drama encik imam ekspres 3

biodata nafiz muaz pelakon drama encik imam ekspres 4

biodata nafiz muaz pelakon drama encik imam ekspres 5

biodata nafiz muaz pelakon drama encik imam ekspres 6

Kredit foto: Instagram Nafiz Muaz

         

Info drama Encik Imam Ekspres

  • Hasil adaptasi novel karya Cik Tet berjudul Dia.. Encik Imam Ekspres.
  • Mengetengahkan genre drama dan cinta.
  • Dibintangi barisan pelakon popular seperti Nelydia Senrose, Fikry Ibrahim, Ben Amir, Isaac Iman, Elisya Sandha, Sherry Ibrahim, Anne Abdullah, Nafiz Muaz, Daler Yusuf dan ramai lagi.
  • Menemui penonton sebanyak 14 episod mulai 11 Mac 2019, Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria menerusi slot Megadrama.
  • Terbitan Suhan Movies & Trading, manakala produksi di bawah arahan Mohd Fazli Yahya dan tulisan oleh Eja Lorena.
  • 'Bidadari' dipopularkan Ismail Izzani dipilih menghiasi drama rantaian ini sebagai lagu tema.

       

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Harian Metro [1, 2]

3. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)