Oleh pada 23 Dec 2021 kategori

  

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

'28 Hari Mencari Cinta' (bukan adaptasi novel) yang menggandingkan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Hannah Delisha adalah kandungan baharu dalam slot Lestary TV3 yang akan memulakan siaran pada 23 Disember 2021.

Drama berepisod Malaysia terbitan tahun 2021 itu menyusuli siri Gila Gila Cinta yang terlebih dahulu melabuhkan tirai.

pelakon 28 hari mencari cinta

Kredit foto: Instagram Hannah Delisha

Sinopsis

Meskipun Saleha (Hannah Delisha) sudah menjadi tunangan kepada Daniel (Ameerul Asyraf ), Faisal (Aiman Hakim Ridza) tetap setia menantinya bertahun-tahun kerana percaya jodoh mereka masih kuat.

Atas sebab itu, Saleha memberi tempoh selama 28 hari kepada Faisal untuk mencari semula di mana silap dia hingga Saleha nekad memutuskan hubungan mereka suatu ketika dahulu.

Faisal buntu, namun dengan adanya bantuan teman baiknya, Nasir (Muaz Fitri), mereka bersoal jawab memikirkan perlakuan yang tidak pernah disedari Faisal hingga Saleha tersentuh hati.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Saat Kau Takluk Cinta Ini (Slot Samarinda TV3)

Baca: Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Drama Sangat (ADS) 2021

Baca: Info Penuh Anugerah Drama Sangat (ADS) 2021

sinopsis 28 hari mencari cinta 713

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Pelakon / Cast

Penampilan Aiman Hakim Ridza dan Hannah Delisha yang memainkan peranan selaku watak utama.

Watak-watak tambahan dijayakan Ameerul Asyraf, Elly Arifin, Muaz Fitri Maslan, Fiza Thomas, Aleza Shadan, Khaty Azian, Roy Azman, Rahim Jailani, Aishah Atan dan Azman Jantan.

      

Baca: Biodata Aiman Hakim Ridza

Baca: Biodata Hannah Delisha

Baca: Biodata Ameerul Asyraf

Baca: Biodata Muaz Fitri Maslan

Baca: Biodata Fiza Thomas

Watak Pelakon

Aiman Hakim Ridza sebagai Faisal

Hannah Delisha sebagai Saleha

Ameerul Asyraf sebagai Daniel

Elly Arifin sebagai Airin

Muaz Fitri sebagai Nasir

Khaty Azian sebagai Asmira

Aleza Shadan sebagai Puan Maria

Fiza Thomas sebagai Intan

drama 28 hari mencari cinta

Kredit foto: Instagram Muaz Fitri Maslan

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya produksi Orangetree Production Sdn Bhd yang digarap oleh sutradara Ng Ken Kin, manakala skrip pula daripada penulis Anina Sahal, Mia Marziah Manaf dan Norsyiella Annuar.

   

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Graviti

Penyanyi: Amir Mirza

Komposer: Iqie Hugh, John Jeeves, Omar K

Penulis lirik: Iqie Hugh, John Jeeves, Omar K

28 hari mencari cinta episod

novel 28 hari mencari cinta

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Waktu Siaran

Mengandungi 13 episod, siri slot Lestary ini akan bersiaran pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam mulai 23 Disember 2021 di saluran TV3.

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

Sumber:

1. Drama Sangat

2. TV3 Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)