Biodata

1. Pemilik nama penuh Nur Fathia binti Abdul Latiff. Dikenali sebagai Fathia Latiff. Nama panggilannya Fathia.

2. Berketinggian 1.70 meter.

3. Lahir pada 1 September 1987 di Ayer Hitam, Pulau Pinang, Malaysia. Berumur 32 tahun (2019).

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

5. Anak kepada pasangan Abdul Latiff bin Tahir (bapa) dan Badriyah binti Hassan (ibu).

6. Anak sulung daripada empat adik-beradik. Tiga adiknya yang lain ialah Nur Farhana atau Fanna, Muhammad Ilham (Ilham) dan Nur Fasiha (Fasiha).

7. Berkelulusan dalam bidang undang-undang daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

8. Merupakan pelakon, penyanyi dan model.

9. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.

10. Drama sulung lakonannya berjudul Nur Kasih, memegang watak pembantu sebagai Nabila. Antara lain dibintangi Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Remy Ishak.

11. Pernah membintangi filem Al-Hijab, Nasi Lemak 2.0 dan Darah Panas.

12. Juga drama, antaranya Nur Kasih, Bila Musang Berjanggut, Laila Asyikin , Stanza Cinta, Seruling Cintamu, Diandra, Ariana Rose, Bencinta, Dia... Isteri Luar Biasa, Diaspora Cinta dan Menanti Februari.

13. Termasuk telefilem Bertaut Kasih, Tongkah Arus Dosa, Cinta Halal, Tercipta Untukku, Jangan Kafankan Dia, Neraka Dunia, Pangkalan Batu 6, Azam Yang Terlampau, Hisyam dan 3 Hantutiyers, Matilahnak, Kipas Belum Mati dan banyak lagi.

14. Pernah merangkul trofi kategori Pelakon Filem Wanita Popular menerusi karya Darah Panas di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-29.

15. Pernah berhubungan cinta dengan aktor Aiman Hakim Ridza sebelum putus pada Disember 2015.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon fathia latiff 2

biodata dan latar belakang pelakon fathia latiff 3

biodata dan latar belakang pelakon fathia latiff 4

biodata dan latar belakang pelakon fathia latiff 5

biodata dan latar belakang pelakon fathia latiff 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Utusan Online

4. Instagram Fathia Latiff

5. Youtube MHE TV




Hakcipta iluminasi.com (2017)