Oleh pada 10 Nov 2021 kategori

Kredit foto: Astro Gempak

Peserta musim baharu program realiti popular, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) diperkenalkan dalam pengumuman rasmi di sebuah sidang media khas yang berlangsung di The Summit 1, Bangsar South City, petang tadi.

Rancangan dengan tagline 'Bintang Kembali Menyengat' yang menyaksikan penyanyi profesional beradu nasib dalam pertandingan nyanyian itu bakal memulakan siaran pada 21 November 2021.

Antara 13 penyanyi yang terpilih menyertai edisi kali ini ialah Bandi Amuk, Adibah Noor, Ani Maiyuni, Aweera, Azan Scan dan Aliff Aziz.

Kesemuanya terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyanyi duo atau berkumpulan, mewakili tiga negara serumpun iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Peserta bertanding akan dihakimi sepenuhnya oleh barisan juri profesional tetap yang terdiri daripada pengarah muzik Datuk Ramli MS, penyanyi lagenda Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat.

Seperti musim-musim terdahulu, penyanyi dengan markah tercorot akan disingkirkan pada setiap hujung konsert mingguan.

GV masih mengekalkan gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengendali pentas utama.

Konsert GV8 dijadualkan ke udara pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam secara langsung dan eksklusif di saluran Astro Ria (CH 104).

Rancangan yang mengambil tempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu juga boleh ditonton secara online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

GV sebelum ini pernah menobatkan penyanyi Ayai (Ilusi) sebagai juara musim pertama, Siti Nordiana (GV2), Azharina Azhar (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu Boboy dan Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) 2021

     

Aweera (Bekas Vokalis Kumpulan Mojo)

aweera

Baca: Biodata Aweera

Bandi Amuk

peserta gegar vaganza 2021

Baca: Biodata Bandi Amuk

Adibah Noor

gegar vaganza 8

Baca: Biodata Adibah Noor

Ani Maiyuni (Ani Mayuni)

peserta gegar vaganza

Baca: Biodata Ani Maiyuni

Azan Scan

azan scan

Baca: Biodata Azan Scan

Shidee

shidee

Baca: Biodata Shidee

Datuk Fazley Yaakob

gv8

Baca: Biodata Fazley Yaakob

Nikki Palikat (Malaysian Idol)

nikki palikat

Baca: Biodata Nikki Palikat

Suki Low (One In A Million)

suki

Baca: Biodata Suki Low

Aliff Aziz (Singapura)

aliff aziz 711

Baca: Biodata Aliff Aziz

Upiak Isil (Indonesia)

upiak isil

Baca: Biodata Upiak Isil

Saiful Apek & Yassin (Senario)

peserta gegar vaganza 8

Baca: Biodata Saiful Apek

Baca: Biodata Yassin

Kumpulan Nico

gegar vaganza 2021 378

Baca: Biodata Kumpulan Nico

Kredit foto: Astro Gempak

Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 1

Baca: Terjawab! Ini Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim 7 (GV7) 2020

Baca: Konsert Akhir Gegar Vaganza 7 (2020) : Keputusan Markah Juara, Pemenang Dan Finalis

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2021 Live + Minggu 1

   

Kredit video: Sidang Media Gegar Vaganza 2021 • Pengumuman Barisan Peserta, Juri Tetap & Hos • Secara Langsung




Hakcipta iluminasi.com (2017)