Oleh pada 23 Sep 2020 kategori

Kredit foto: Astro Gempak

   

Gegar Vaganza 7 (GV7) edisi 2020 kembali menghangatkan kaca televisyen anda!

Program realiti nyanyian yang membariskan para penyanyi 'otai' itu bakal memulakan siaran pada 11 Oktober 2020.

Antara 14 penyanyi yang mengambil bahagian termasuk Noraniza Idris, Mus May, Yantzen dan Ayu Damit.

Pertandingan yang menggunakan format penilaian 100% oleh barisan juri profesional itu bakal diadili oleh pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim.

Seperti lazimnya, peserta dengan markah tercorot akan disingkirkan di penghujung konsert.

Sementara itu, pasangan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse kekal memegang mandat sebagai pengacara program.

Selain Yantzen, penyanyi kelahiran Singapura yang menetap di Malaysia, tiada peserta mewakili negara jiran dalam penganjuran musim ini, ekoran penularan pandemik Covid 19 yang memaksa pihak produksi untuk mematuhi syarat SOP yang ditetapkan kerajaan.

Lima episod pertama ‘Kapsul Gegar Vaganza’ ditayangkan di saluran Astro Ria pada Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang mulai 5 Oktober 2020.

Sementara siaran konsert mingguan akan bermula 11 Oktober 2020, setiap Ahad, jam 9 malam, secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu berturut-turut.

‘Gegar Vaganza Live Plus’ pula ke udara serentak dengan konsert mingguan GV7 dan boleh diikuti di laman sesawang rasmi GV.

Untuk maklumat mengenai format pemarkahan, hadiah dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020)

Menggunakan tagline ‘Mara Suara Membara’, berikut senarai peserta yang terdiri daripada 12 penyanyi solo dan dua penyanyi berkumpulan, sebagaimana diumumkan di majlis sidang media yang berlangsung di Envi Skydining, Aras 36, Menara Ta One, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur, petang tadi.

   

Mus (May)

peserta gegar vaganza 2020

Baca: Biodata Mus (May)

    

Noraniza Idris

peserta gegar vaganza

Baca: Biodata Noraniza Idris

    

Yantzen

yantzen

Baca: Biodata Yantzen

    

Ayu Damit

ayu damit

Baca: Biodata Ayu Damit

     

Rozita Izlyn

rozita izlyn

Baca: Biodata Rozita Izlyn

    

Haslinda

haslinda

Baca: Biodata Haslinda

    

Ashira

ashira

Baca: Biodata Ashira

    

Linda Nanuwil

linda nanuwil

Baca: Biodata Linda Nanuwil

    

Cliff Umar (Vokalis Projek Pistol)

cliff umar

Baca: Biodata Cliff Umar (Vokalis Kumpulan Projek Pistol)

    

Oja

oja

Baca: Biodata Oja

    

Aju (Vokalis Success)

aju success

Baca: Biodata Aju (Vokalis Kumpulan Success)

    

Nomad

nomad

Baca: Biodata Nomad

    

Kumpulan Indigo

indigo

Baca: Biodata Kumpulan Indigo

     

Kumpulan Eva

kumpulan eva

Baca: Biodata Kumpulan Eva

    

Baca: Terjawab! Ini Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) 2021

Kredit foto: Astro Gempak

   

Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 1

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)