Oleh pada 10 Jan 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsert minggu kesembilan Gegar Vaganza musim ke 8 (GV8) yang juga peringkat separuh akhir bakal berlangsung dengan kemaraan lapan orang peserta.

Kali ini, rancangan realiti itu memilih tema 'Lagu Untukmu' yang mana peserta perlu mempersembahkan dua buah lagu iaitu berentak rancak dan perlahan yang digabungkan secara medley.

Lagu-lagu adalah pilihan daripada barisan juri tetap musim ini terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

Persaingan diteruskan dengan penglibatan penyanyi Nikki Palikat, Suki Low, Aliff Aziz (Singapura), Aweera, Azan Scan, Adibah Noor, Shidee dan Ani Mayuni.

Seperti didedahkan di segmen 'Ada Lagu Ada Lagi', berikut adalah senarai lagu tugasan di pusingan separuh akhir pada Ahad ini:-

gegar vaganza 101

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu Kesembilan - Separuh Akhir

1. Suki Low - Khayalan (Black Dog Bone) & Tanpa Kekasihku (Agnes Monica)

2. Nikki Palikat - Puncak Kasih (Ziana Zain) & Ikut Rentakku (Jaclyn Victor)

3. Aweera - Kerja Gila (Amy) & Fantasia Bulan Madu (Search)

4. Aliff Aziz - Lay Me Down (Sam Smith) & Sesuatu Janji (Taufik Batisah)

5. Adibah Noor - Night Fever (Bee Gees) & Sumpah (Naim Daniel)

6. Azan Scan - Permaidani (Aris Ariwatan) & Enigma (Wings)

7. Ani Maiyuni - Let's Get Loud (Jennifer Lopez) & Sumpah (Aina Abdul)

8. Shidee - Sedetik Lebih (Anuar Zain) & Kerna Dia (Yasin Sulaiman)

   

Lagu Pembukaan - Nabil Ahmad & Jihan Muse - Nang (Iman Troye) & Sakit (Zynakal & Yonnyboii)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2021 (GV8) - Minggu 10

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 8 (Suku Akhir)

Kesemua peserta melalui proses penilaian oleh pihak juri profesional tetap, termasuk seorang juri jemputan mingguan.

Konsert GV8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (CH 104) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.

Program realiti nyanyian kendalian pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang bermula sejak 21 November 2021 itu juga berada di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk tontonan secara online.

Butiran format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2021 Live + Minggu 8 Suku Akhir




Hakcipta iluminasi.com (2017)