Oleh pada 13 Dec 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Konsert akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) menyaksikan pertembungan antara tujuh finalis dalam merebut trofi juara.

Mereka yang berentap ialah penyanyi Mus (May), Noraniza Idris, Cliff Umar, Linda Nanuwil, Ayu Damit, Ashira Aziz dan Oja.

Untuk senarai lagu yang dipertaruhkan di konsert akhir, anda boleh baca artikel: Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 7 (2020)

Peringkat akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu menggunakan khidmat penjurian pengkritik tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim) bersama juri undangan mingguan.

Berikut dikongsikan jumlah markah yang diraih setiap finalis, berserta kedudukan dicapai mereka.

   

Baca: Ramalan Peserta Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) 2021

Baca: Senarai Persembahan Dan Penyampai Trofi Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020

   

gegar vaganza final 2020

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Carta Kedudukan Serta Markah Juara Dan Finalis / Peserta Konsert Akhir Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu 10

Tempat ketujuh - Ashira (60.90%)

Tempat keenam - Oja (61.70%)

Tempat kelima - Linda Nanuwil (63.28%)

Tempat keempat - Noraniza Idris (64.23%)

Tempat ketiga - Ayu Damit (67.45%)

Tempat kedua / Naib juara - Mus (67.51%)

Juara - Cliff Umar (71.42%)

   

Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi (markah tertinggi) - Cliff Umar

Anugerah Digi Next Level Minggu 9 (undian online tertinggi) - Ayu Damit 

Anugerah Digi Next Level Minggu 10 (undian online tertinggi) - Oja

Anugerah Bintang Cuckoo Healthy Home (hashtag Twitter terbanyak) - Linda Nanuwil

Segmen Kongsi Rezeki - Bob Lokman (menerima sumbangan RM10,000)

   

Baca: Terjawab! Ini Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) 2021

Butiran lanjut membabitkan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020)

Terdahulu, GV mengangkat nama-nama terkemuka sebagai juara, iaitu penyanyi Ayai Illusi untuk musim yang pertama, Siti Nordiana (musim kedua), Azharina Azhar (musim ketiga), Aishah (musim keempat), Noryn Aziz (musim kelima) serta Naqiu Boboy dan Hady Mizra (juara bersama musim keenam).

GV7 yang dikelola pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse menemui penonton saluran Astro Ria, secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam.

    

Kredit video: [LIVE] Konsert Akhir Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 10

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)