Oleh pada 20 Dec 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsert minggu kelima Gegar Vaganza 8 (GV8) malam tadi menyaksikan penyanyi Nikki Palikat yang mempertaruhkan lagu Gelombang nyanyian asal Salamiah Hassan ditempatkan di kedudukan pertama bersama markah 78.50%.

Sementara itu, Upiak Isil yang menyanyikan Pengemis Muda dirakamkan Dato Sheila Majid, terpaksa berpuas hati dengan pungutan markah terendah sebanyak 57.00%.

Minggu yang membawa tema 'Dulu Lain Sekarang Lain' dikenali sebagai 'GV Kongsi Kasih' itu mencabar keupayaan para peserta untuk membawakan lagu-lagu retro malar segar daripada penyanyi lagenda dan juga lagu-lagu hits terkini penyanyi 'BBNU'.

Lain-lain peserta yang sama memberikan saingan ialah Adibah Noor, Aliff Aziz (Singapura), Suki Low, Aweera, Bandi Amuk, Ani Mayuni, Shidee, Saiful Apek & Yassin Senario dan Azan Scan.

Pertandingan realiti nyanyian yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu menggunakan khidmat Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri profesional tetap yang juga dibantu oleh Datuk Yusuf Haslam sebagai juri jemputan minggu ini.

Berikut adalah hasil penilaian markah yang diberikan pihak juri kepada para peserta:-

gegar vaganza 121

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 8 (2021) Minggu Kelima

1. Nikki Palikat (Gelombang) - 78.50%

2. Aliff Aziz (Memburu Impian) - 77.80%

3. Ani Maiyuni (Kucu Kuca) - 67.80%

4. Suki Low (Dancing Queen) - 65.80%

5. Aweera (You Give Love A Bad Name) - 64.60%

6. Adibah Noor (Gajah) - 63.90%

7. Azan Scan (Mimpi) - 62.90%

8. Saiful Apek dan Yassin / Sa.Ya (Terakhir) - 59.60%

9. Shidee (Lembah Kesepian) - 57.80%

10. Bandi Amuk (Purnama) - 57.60%

11. Upiak Isil (Pengemis Muda) - 57.00%

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 6

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 6

Baca: Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Drama Sangat (ADS) 2021

Baca: Keputusan Markah Juara, Pemenang Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Akhir (Minggu 10)

Baca: Senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era (AME) 2021

Tiada peserta yang disingkirkan di penghujung episod.

Sementara itu, penyanyi Azan Scan meraih Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi selepas berjaya mengumpul undian tertinggi di laman web rasmi GV8.

Bintang Cuckoo Healty Home pula dianugerahkan kepada kumpulan SAYA (Saiful Apek dan Yassin Senario) kerana undian terbanyak diterima mereka di Facebook Astro Gempak.

Peserta dengan markah tertinggi juri untuk minggu kelima ini iaitu penyanyi Nikki Palikat serta-merta layak untuk Anugerah Bintang Paling Power Meow.

Konsert GV8 kendalian Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam, selain di platform online iaitu aplikasi Astro GO dan On Demand.

Butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)

Terdahulu kumpulan Nico G dan Datuk Fazley Yaakob tersingkir sewaktu bertarung di minggu ketiga dan keempat program realiti itu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)