Kredit foto: Instagram Nikki Palikat

Siapa Nikki Palikat? Pemilik nama penuh Nicolette Louisa Palikat ini merupakan antara penyanyi yang memberi saingan dalam rancangan realiti, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Edisi 2021 pertandingan nyanyian itu turut mengetengahkan penyanyi Aweera, Bandi Amuk, Adibah Noor, Ani Mayuni, Azan Scan, Aliff Aziz (Singapura), Datuk Fazley Yaakob, Saiful Apek & Yassin (Senario), Kumpulan Nico, Shidee, Upiak Isil (Indonesia) dan Suki Low (One In A Million).

Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)

   

Biodata Dan Latar Belakang

Nama sebenar: Nicolette Louisa Palikat

Nama pentas: Nikki Palikat

Umur: 36 tahun (2021)

Tarikh lahir: 1 November 1985

Tempat lahir: Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat

Asal: Tambunan, Sabah

Keluarga: Anak kelima daripada tujuh orang adik beradik

Pendidikan: Sekolah Rendah Convent Saint Francis, Kota Kinabalu, Sekolah Menengah Convent Saint Francis, Kolej Matrikulasi Labuan (Matrikulasi Sains Hayat)

Instagram (IG): @nikki.palikat

Fakta Menarik

1. Berketurunan kadazan dusun.

2. Berbahasa Melayu, Dusun dan Inggeris.

3. Terkenal dengan trademark vokal suara tinggi (whistle register).

4. Bapanya, Nicholas Palikat merupakan penyanyi di RTM Sabah pada era 70-an, manakala bapa saudaranya, Jimmy Palikat adalah penyanyi yang pernah meletup dengan single Anak Kampung.

5. Bakat nyanyiannya dicungkil daripada rancangan realiti, Malaysian Idol Musim 1 pada 2004 yang turut membariskan penyanyi Jaclyn Victor, Dina Nadzir dan Fazli Zainal sebagai peserta.

6. Bergiat dalam industri hiburan sebagai penyanyi dan pelakon sejak tahun 2004.

7. Merakamkan album Maharani (2005) dan Hawa (2008).

8. Lagu-lagu yang menjulang namanya seperti Pinta, Caramu (menampilkan Zahid AF), Imaginasi dan Drama (menampilkan Ning Baizura dan Yanie).

9. Penampilannya sebagai pelakon menerusi drama berepisod Dendam Aurora siaran saluran Astro Prima pada 2017. Beliau turut membintangi pementasan teater berjudul Shout the Mod Musical dan Euphrasia.

10. Diiktiraf di Anugerah Planet Muzik dalam kategori Artis Baru Terbaik dan Anugerah Era menerusi kategori Vokal Duo Berkumpulan (single Caramu).

11. Berkahwin pada 2009 dengan komposer dan penerbit rakaman terkenal, Audi Mok. Hubungan dengan suaminya itu dilengkapi dengan kelahiran anak lelaki bernama Liam Mok (lahir 2010).

12. Kini Nikki mempunyai lebih 10,400 pengikut di laman Instagram @nikki.palikat.

Baca: Biodata Aweera (Bekas Vokalis Mojo), Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Bandi Amuk, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Adibah Noor, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Ani Maiyuni, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Aliff Aziz, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Azan Scan, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Datuk Fazley Yaakob, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Saiful Apek, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Yassin (Senario), Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Shidee, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Suki Low, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Upiak Isil, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Kumpulan Nico, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Gambar

adik beradik nikki palikat

nikki

audi mok

suami nikki palikat

keluarga nikki palikat

gegar vaganza 763

nikki gegar vaganza 854

gegar vaganza 2021 820

peserta gegar vaganza 2021 904

nikki palikat 959

Kredit foto: Instagram Nikki Palikat

Video

Kredit video: Pinta - Nikki Palikat

Sumber:

1. Nikki perjuang jiwa wanita

2. Nikki langkah bendul tiga kakak

3. Nikki - Saya Rasa Lebih Cantik Selepas Berkahwin

4. Wikipedia Nikki Palikat




Hakcipta iluminasi.com (2017)