Oleh pada 17 Jan 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Keputusan separuh akhir Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) malam tadi menyaksikan penyanyi Shidee dan Ani Maiyuni diumumkan tersingkir selepas berada di kedudukan terbawah, masing-masing menerusi markah 58.30% dan 61.00%.

Shidee membawakan lagu Sedetik Lebih nyanyian asal oleh Anuar Zain dan Kerna Dia (Yasin Sulaiman) secara medley dalam minggu yang bertemakan 'Lagu Untukmu' itu.

Manakala, Ani Maiyuni mendendangkan Let's Get Loud dipopularkan Jennifer Lopez dan Sumpah (Aina Abdul).

Sementara itu, konsert kesembilan program realiti yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu meletakkan penyanyi Aweera di kedudukan juara dengan pungutan markah 81.30%.

Aweera menambat hati juri selepas memukau beraksi menerusi persembahan lagu Kerja Gila rakaman asal oleh Amy dan Fantasia Bulan Madu (Search).

Kemenangan itu juga membawa beliau menjadi penerima Anugerah Bintang Paling Power Meow untuk minggu ini.

Peringkat separuh akhir itu turut dihangatkan dengan persaingan daripada penyanyi Nikki Palikat, Suki Low, Aliff Aziz (Singapura), Adibah Noor dan Azan Scan.

   

GV8 menggunakan khidmat penjurian profesional daripada barisan juri tetap iaitu maestro tersohor, Datuk Ramli MS, penyanyi lagenda Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Syafinaz Selamat, serta juri jemputan iaitu pelakon Datuk Rosyam Nor.

Hasil penilaian juri, berikut markah yang diperoleh para peserta:-

gegar vaganza 895

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 8 (2021) Minggu Kesembilan - Separuh Akhir

1. Aweera (Kerja Gila & Fantasia Bulan Madu) - 81.30%

2. Nikki Palikat (Puncak Kasih & Ikut Rentakku) - 76.00%

3. Aliff Aziz (Lay Me Down & Sesuatu Janji) - 72.20%

4. Azan Scan (Permaidani & Enigma) - 69.70%

5. Adibah Noor (Night Fever & Sumpah) - 65.20%

6. Suki Low (Khayalan & Tanpa Kekasihku) - 64.80%

7. Ani Maiyuni (Let's Get Loud & Sumpah) - 61.00%

8. Shidee (Sedetik Lebih & Kerna Dia) - 58.30%

Baca: Keputusan Markah Konsert Akhir / Final Gegar Vaganza 2021 (GV8) - Juara, Pemenang, Finalis

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2021 (GV8) - Minggu 10

Penyanyi Aliff Aziz diangkat sebagai pemegang Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi hasil undian peminat di laman web rasmi GV8.

Manakala Bintang Cuckoo Healty Home pula menjadi milik Suki Low berdasarkan undian tertinggi diterimanya di Facebook Astro Gempak.

Bersiaran secara langsung di Astro Ria (saluran 104), konsert GV8 yang menampilkan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengendali rancangan, ke udara pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam, selain berada di aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk tontonan online.

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)

Terdahulu, GV8 menamatkan penyertaan kumpulan Nico G, Datuk Fazley Yaakob, Upiak Isil, Bandi Amuk dan Saya (Saiful Apek & Yassin Anye Senario) masing-masing di konsert ketiga, keempat, keenam, ketujuh dan kelapan (suku akhir).

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2021 Live + Minggu 9 Separuh Akhir




Hakcipta iluminasi.com (2017)