Oleh pada 22 Nov 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) meneruskan siaran menerusi persaingan minggu kedua bersama 13 penyanyi yang berentap.

Para bintang GV edisi 2021 ini dibarisi oleh penyanyi Aweera, Nikki Palikat, Adibah Noor, Bandi Amuk, Ani Mayuni, Azan Scan, Suki, Shidee, Datuk Fazley Yaakob, Upiak Isil (Indonesia), Aliff Aziz (Singapura), Saiful Apek & Yassin Senario dan kumpulan Nico.

Menyambung perjuangan di konsert kedua, mereka bakal mempersembahkan lagu-lagu tugasan bertemakan 'Masih Aku Terasa' iaitu lagu-lagu yang berada dalam era dan zon genre masing-masing.

Berikut adalah lagu-lagu yang tersenarai untuk dipertaruhkan peserta.

gegar vaganza 177

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu Kedua

1. Aweera - Andai Ku Bercinta Lagi (Kumpulan Mojo)

2. Adibah Noor - Istana Menanti (Rahim Maarof)

3. Bandi Amuk - Untukmu Sayang (Febians)

4. Nikki Palikat - Drama (Nikki Palikat, Ning Baizura, Yanie)

5. Aliff Aziz - Kasih Tak Sampai (Padi)

6. Suki Low - Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip)

7. Azan Scan - Sekelip Mata Kau Berubah (Lestari)

8. Datuk Fazley Yaakob - Laguku Untukmu (Hasnol)

9. Kumpulan Nico - Kaulah Gadisku (Kumpulan Nico)

10. Ani Maiyuni - Selangit (Mas Idayu)

11. Upiak Isil - Parah Parah (Ayda Jebat)

12. Saiful Apek dan Yassin (Saya) - Gerhana (Kembara)

13. Shidee - Malam (Kembara)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 2

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 3

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 1

Gandingan pengarah muzik Datuk Ramli MS, penyanyi lagenda Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Syafinaz Selamat bersama seorang juri undangan mingguan bakal mengendalikan aspek pemarkahan.

Maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)

Konsert mingguan GV8 menemui penonton saluran Astro Ria pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula 21 November 2021, ditayangkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Juga dimuatkan di aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk tontonan secara online.

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2021 Live + Minggu 1

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)