Oleh pada 21 Nov 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Sooka Malaysia

Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) bakal membuka tirai pertandingan pada malam ini menerusi persaingan antara 13 peserta yang terlibat.

Edisi 2021 rancangan realiti itu dihangatkan dengan kemunculan penyanyi Aweera, Bandi Amuk, Adibah Noor, Nikki Palikat, Ani Mayuni, Azan Scan, Aliff Aziz (Singapura), Shidee, kumpulan Nico, Saiful Apek & Yassin Senario, Upiak Isil (Indonesia), Suki dan Datuk Fazley Yaakob.

Seperti musim-musim lalu, minggu pertama bakal memperlihatkan mereka mementaskan semula lagu-lagu berhantu yang pernah menaikkan nama mereka suatu ketika dahulu.

Berikut adalah lagu-lagu hits yang bakal berkumandang sebagai pembuka gelanggang pertandingan malam ini.

gegar vaganza 613

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu Pertama

1. Aweera - Romancinta (Mojo)

2. Adibah Noor - Terlalu Istimewa

3. Bandi Amuk - Akar Dan Bumi

4. Nikki Palikat - Caramu (feat Zahid)

5. Ani Maiyuni - Sedap

6. Azan Scan - Kau Dipaksa Aku Terpaksa

7. Datuk Fazley Yaakob - Asmara Ini

8. Aliff Aziz - Sayang Sayang

9. Kumpulan Nico - Inilah Nasibku

10. Saiful Apek dan Yassin - Aspalela, Cari Tapak (Senario)

11. Shidee - Semuanya Sudah Terlambat

12. Suki Low - Terlalu Mencintaimu

13. Upiak Isil - Tak Tun Tuang

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 1

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu 2

Musim ini menyaksikan barisan juri profesional tetap disertai oleh pengarah muzik Datuk Ramli MS, penyanyi lagenda Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Syafinaz Selamat, selain seorang juri undangan yang akan memenuhi kerusi pengkritik keempat.

Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)

Saksikan konsert mingguan GV8 di Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam mulai 21 November 2021, secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Juga dimuatkan di platform online menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2021 Live + Minggu 1

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)