Siapa Bandi Amuk? Nasabandi Jumat merupakan antara penyanyi yang tersenarai sebagai peserta dalam rancangan realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).

Turut menghangatkan edisi 2021 itu adalah penyanyi Adibah Noor, Ani Mayuni, Aweera (bekas vokalis Mojo), Nikki Palikat, Azan Scan, Saiful Apek & Yassin (Senario), Kumpulan Nico, Shidee, Upiak Isil (Indonesia), Aliff Aziz (Singapura), Datuk Fazley Yaakob dan Suki Low (One In A Million).

Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 8 (2021)

   

Biodata

Nama sebenar: Nasabandi bin Jumat

Nama pentas: Bandi Amuk

Umur: 54 tahun (2021)

Tarikh lahir: 15 September

Asal: Johor

Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Utara, Johor Bharu

Instagram (IG): @bandi_amuk

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Juga dikenali dengan nama Nasha Febians.

2. Terkenal dengan imej bertopeng.

3. Memperjuangkan genre muzik Heavy Metal, Rock dan Balada Rock.

4. Kemunculan awalnya sebagai penyanyi pada tahun 1979 dan masih aktif sehingga kini.

5. Asalnya beliau adalah vokalis kumpulan Febians (atau dikenali sebagai D'Febians dan The Febians) yang pernah terkenal dengan lagu Untuk Mu Sayang dan merangkul kemenangan dalam pertandingan Juara Rock 1983.

6. Bersama Febians, beliau merakamkan album Febians (1988), diikuti 1001 Malam (1989), Satu Antara Sejuta (1991) dan Lang Buana (1994).

7. Seterusnya beliau dikenali dengan nama Bandi selepas penubuhan kumpulan Amuk yang terbit dengan album sulung berjudul Tanpa Prejudis (1998).

8. Lain-lain album studio dipasarkan Amuk seperti Tak Relevan (1999), Akar Dan Bumi (2000), Dikir Timur (2001), Hakikat (2002), Dendam (2004), Interpretasi Amuk (2005), Interpretasi ++ Amuk (2005), 2 Juta (2006) dan Bertemu Ruas (2007), termasuk beberapa buah album kompilasi.

9. Antara lagu popular yang melonjakkan nama mereka seperti Matahari, Akar Dan Bumi, Jernih, Aku Mahu Pulang, Hakikat dan Damai.

10. Amuk turut menampilkan empat lagi anggota iaitu Metal Jawa, Din Taring dan Budu Siam.

11. Anak keempat Bandi, Muhammad Saiful Affique, 24, merupakan bekas penghidap masalah ketumbuhan di bahagian belakang paru-paru. Beliau merupakan lulusan dalam jurusan Komunikasi Massa daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

12. Sehingga kini, Bandi telah merakamkan 13 buah album dan 130 buah lagu.

13. Akaun Instagram (IG) beliau bernama @bandi_amuk mengumpul lebih 5,600 pengikut.

Baca: Biodata Aweera, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Aliff Aziz, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Nikki Palikat, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Azan Scan, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Suki Low, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Adibah Noor, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Ani Maiyuni, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Shidee, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Upiak Isil, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Datuk Fazley Yaakob, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Saiful Apek, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Yassin (Senario), Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

Baca: Biodata Kumpulan Nico, Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) 2021

    

Gambar

bandi

bandi amuk tanpa topeng

bandi amuk

bandi amuk terkini

isteri bandi amuk

bandi gegar vaganza

peserta gegar vaganza 763

gegar vaganza 686

anak bandi amuk

peserta gegar vaganza 2021 352

gegar vaganza 2021 910

Kredit foto: Instagram Bandi Amuk , Instagram Saiful Affique , Facebook Bandi Amuk Page I , Facebook Nasabandi B Jumat Bandiamuk , Facebook Page Bandi Amuk

Video

Kredit video: Amuk - Aku Mahu Pulang (Official Music Video)

Sumber:

1. Petua Bandi bertahan lama

2. 'Apa nak malu?'

3. Facebook Bandi Amuk Page II

4. Wikipedia Nasabandi Jumat

5. Wikipedia Amuk (kugiran)




Hakcipta iluminasi.com (2017)